Kita banyak dijamukan dengan idea pelbagai jenis bisnes yang boleh kita buat dari rumah. Persoalannya bilakah Waktu Terbaik Mulakan Bisnes Dari Rumah? Haa itu yang Fatin akan kupas untuk entri kali ini. Baca tau!

Sebelum tu Fatin nak kupas sedikit tentang cabaran atau dugaan yang bakal kita hadapi bila kita buat keputusan untuk memulakan bisnes dari rumah. Ya, bisnes dari rumah tak kurang hebatnya cabaran dan dugaan yang ada. Nak nak bila kita sudah bekeluarga dan mempunyai anak. Pasti akan ada rasa bersalah jika tak pandai nak bahagikan masa.

Okey, Fatin nak kongsikan pengalaman salah seorang mentor Fatin yang juga menjalankan bisnes online dari rumah sama seperti Fatin sekarang:

Flashback…

Saya terima satu pesanan dr seorang ibu muda yang nak mencari peluang buat bisnes dari rumah. Katanya beban hutang terlalu banyak, lebih2 lagi sejak anak masuk 2 orang. Letih memikirkan hutang jadi beliau perlukan pendapatan ekstra.

Lalu saya tunjuk apa perlu dibuat, macam ni, macam tu… saya ni jenis tak suka beri ayat2 utk dicopy-paste, kadang2 tu boleh lah. Tapi lebih baik kita bermula dgn bina diri sendiri kan?

2 minggu selepas tu beliau menghubungi saya “Maaf kak, saya tak boleh teruskan. Anak2 saya masih kecil dan perlukan perhatian”

Saya terdiam, sambil tengok 2 orang anak saya bergayutan di kaki sambil tarik seluar “Nak Mami….” dan lagi sorang saya pangku sambil menyusu.

“Aku ni tak pedulikan anak ke?” Tanya saya kepada diri sendiri.

Saya tengok wajah anak2 saya. Terabai ke diorang ni? Ada tak cukup kasih sayang ke anak2 aku ni 😭 down juga lah 2-3 hari.

Tapi lepas tu saya jumpa seorang teman. Ibu bekerjaya yang anaknya boleh membaca seawal 2 tahun. Saya tanya siapa yang ajar? Dia cakap dia sendiri. Macamana dia ajar? Dia kata sejam sehari saja dia fokus ajar anak dia. Malam selepas dinner.

Saya tengok balik hidup saya, sejam sehari tu memang dah saya dedicate utk anak2.

Saya tanya anak2 dia tantrum ke tidak? Dia cakap biasa lah budak2, tp nak buat macamana… layankan aje lah.

Itulah pentingnya kita bersama2 dalam circle yang satu pemikiran dgn kita. Akan ada aje je cara2 yang mereka akan kongsi utk handle situasi. Bila kita di circle yang salah, semua tak kena, semua tak OK.

Ibu2 yang nak buat bisnes dr rumah ni, atau nak buat apa-apa lah, saya nasihatkan CARI KAWAN yang sefahaman. Cari support. Jgn sorang-sorang. Bila sendirian kita mudah nak kalah dgn macam2. Tgk rumah bersepah sikit dah rasa bersalah. Anak mengamuk sikit dah rasa ibu jahat. Belum lagi dgn kata2 org yg tak sefaham dgn kita. Sedangkan benda tu boleh je kita handle.

Alhamdulillah, anak2 saya masih dalam kasih sayang syurga rumah saya ni.

Ada orang korbankan minat kerana anak. Ada orang ‘korbankan’ anak kerana minat. Tapi kita masing2 pun berkorban. In the end, yang datang pada kita segala amal baik kita yang lillahi taala.

Cuma jgn lah jadikan anak sebagai alasan tak boleh buat macam2. Kita juga yang kata anak2 ni rezeki. Rezekinya, kita mampu lakukan apa saja demi mereka.

Entri asal : Facebook

Ini tulisan beliau pada tahun 2019, saat kita semua masih memilih untuk keluar bekerja. Dan sekarang, berlaku kejadian yang tak di sangka-sangka oleh semua orang apabila munculnya virus Covid-19 dan merebak dengan pantas di seluruh pelusuk dunia. Yang membuatkan majoriti daripada kita semua terkesan dan terpaksa bekerja dari rumah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimulakan pada 18 Mac 2020 yang lalu.

Dan ini menjadikan kita sekarang berada dalam fasa “new normal” bak kata Perdana Menteri kita. Yang mana kita dapat merasai bekerja dari rumah sambil menjaga anak-anak di rumah. Pasti pada awalnya ramai yang tertekan dan terkejut dengan perubahan mendadak ini. Fatin faham sebab Fatin alaminya setiap hari sejak 7 tahun lepas. Alhamdulillah disebabkan dah terbiasa dengan keadaan ini, jadi Fatin kira sudah lali.

Jadi, anda yang masih dalam fasa menyesuaikan diri dalam tempoh PKP ini, dah boleh buka peluang pada diri untuk memulakan bisnes secara online dari rumah masing-masing macam Fatin buat sekarang. Bisnes yang Fatin buat ni paling terbaik untuk anda semua mulakan kerana :

  • Menggunakan modal yang sangat minimum
  • Setiap produk mempunyai kertas kajian klinikal tersendiri
  • Peluang mendapatkan pendapatan secara infiniti yang pihak atasan telah patenkan sistem pemberian pendapatan kepada kita setiap bulan

Jangan risau sekiranya belum tahu atau mahir untuk mulakan bisnes bersama Fatin dari rumah kerana bisnes kita dah ada sistem yang mudah dan senang untuk kita buat sama-sama. Fatin akan berikan tunjuk ajar mengikut sistem yang ada tersebut untuk memudahkan anda memulakan perniagaan atau bisnes dari rumah.

Kat sini Fatin terangkan sedikit ya bagaimana nak daftar jadi ahli sekaligus business partner Fatin:

  1. Yuran pendaftaran RM35 sekali bayar sahaja; atau
  2. Boleh mulakan dengan mengambil Welcome Set sebagai permulaan modal memulakan bisnes dari rumah.

Dengan Welcome Set itu nanti anda boleh terus memulakan bisnes dengan menjual kembali produk tersebut. Dengan cara ini anda akan berjaya mendapatkan pelanggan baru!

Dan sekarang yang kita semua tercari-cari adalah bilakah waktu paling terbaik untuk memulakan bisnes dari rumah secara online ni? Apa yang patut kita buat bila kita dah buka ruang untuk berbisnes dari rumah?

Jawapannya adalah sekarang! Ya, waktu kita patut mulakan bisnes dari rumah adalah sekarang. Kerana selama ini peluang itu datang, kena pergi kerja di pejabat alasan kita. Sekarang kita dah berada di rumah dan dalam fasa nak menyesuaikan diri dengan keadaan sekarang, adalah baik untuk kita mulakan langkah pertama sekarang.

Apa yang perlu kita buat setelah ambil jalan memulakan langkah pertama kita? Ini Master Lyna Noh nyatakan :

MULA & KONSISTEN
.
Perkara paling sukar nak buat dalam bisnes, especially yang buat online dari rumah adalah
.
Pertama, nak mula.
.
Kedua, nak konsisten.
.
Bila nak mula tu… lagi-lagi bila keadaan takde lah mendesak sangat,.. masih boleh makan, masih boleh tidur… banyak lah pulak teka-teki nya.
.
“Bila masa terbaik nak mula? Esok ke? tahun depan ke?”
“Betul ke keputusan aku ni? Fikir dulu sebulan dua”.
.
Bila dah start langkah pertama, datang pula dari kiri-kanan.
.
“Keluarga kita tak ada yang buat bisnes, kau tak ada darah bisnes macamana nak berjaya”
“Ramai member aku nak buat bisnes macam kau ni… tapi hm… tak ke mana semuanya”
“Aku pernah buat dulu, tak jadi apa pun”
“Kau nak buat bisnes? Hahahaha”
“Buat ape nak bisnes cari duit ni…. duniawi semua tu. bersyukur lah dgn apa yang ada”.
.
Itu semua adalah ranjau-ranjau yang harus ditempuhi utk memulakannya…. jalan yang kita pilih ni tak ada dihias permaidaini merah. Ia nya jalan berliku dan berbatu.
.
Oleh itu kita kena tanamkan rasa SUKA pada apa yang kita buat. Suka dgn dugaan. Suka dgn ujian. Suka dgn kesukaran. Suka dgn cabaran.
.
Kerana kesukaan itu akan bantu kita utk KONSISTEN.
.
Bayangkan kita jalan berbatu-batu di jalan batu yang penuh dgn batu dan tiada apa melainkan batu. Letih! Penat! Mental pun koyak, rasa dah lama jalan tapi tak sampai-sampai.
.
Kalau kita tak suka, kita rasa nak mengalah dan berpatah balik.
.
Biar apa pun yang kita sedang buat, baik mula, atau konsisten… jadikanlah TUHAN itu sentiasa rapat dengan kita. Pandang Dia dgn perasaan “Allah melihat aku”.
.
“Fastabiqul khairat”
Nak buat benda baik kena berlumba-lumba. Bukan fikir, fikir, fikir, yg membawa tangguh, tangguh, tangguh.
.
Kita tak mampu nak buat apa-apa kalau bergantung kpd diri sendiri. Berpautlah pada Allah.
.
Allah beri kita kekuatan utk melangkah dan terus melangkah. Jatuh, kita bgn semula.

Sumber : Facebook

Semoga bermanfaat!

Sekiranya anda berminat nak mulakan bisnes dari rumah bersama-sama dengan Fatin, boleh hubungi Fatin dengan klik : 012 367 2560