Sejak balik dari Cameron Highlands tu, semakin suka pula saya nak pergi tempat yang mendedahkan anak-anak ke dunia luar. Jadi, cuti hari minggu ni saya dan suami bawa anak ke Farm In The City, Seri Kembangan.

farm in the city
anak-anak sedang tidur. huhu


Oh ya, nak tahu ke apa vitamin yang sesuai untuk dibawa semasa sedang bercuti atau melancong? Bolehlah klik ke : Vitamin Untuk Bawa Pergi Bercuti – Set Travel Shaklee.

Kami bertolak dari rumah selepas zohor. Mana kami tahu pasal ni?

Masa duk scroll newsfeed di Facebook, ternampak kawan-kawan saya pergi sana bawa anak-anak. Jadi, keinginan nak pergi tinggi. Cuma belum berkesempatan.

Disebabkan setiap hujung minggu duk pening nak bawa anak pergi mana untuk beriadah, saya cadangkan ke sini. Dan suami bersetuju.

Kami sampai dalam pukul 2 petang. Kat luar kereta banyak tapi bila on the way masuk ke tiket kaunter senyap je. Rupanya orang ramai kat dalam. Tapi tak sesak. Masih boleh bersantai.

Ok, nak cerita pasal Farm In The City:

Bayaran masuk:

  • Dewasa RM30
  • Kanak-kanak (3 – 12 tahun) RM25

Waktu operasi:

  • 10 pagi – 6 petang (Isnin hingga Jumaat)
  • 9.30 pagi – 6 petang (Sabtu, Ahad, cuti sekolah & cuti umum)
  • Selasa TUTUP

Kat dalam ada beberapa seksyen:

  • Kura-kura & penyu
  • Reptilia
  • Burung
  • Savannah
  • Itik & Ayam
  • Ikan
  • Arnab
  • Amfibia
  • Kuda (pony)
  • Kebun sayur & buah

Apa yang best sangat kat sini?

  • Boleh angkat dan pegang haiwan dalam tu! Teruja ok. Masa inilah nak ajar anak-anak tentang dunia haiwan.
  • Bagi makan kat arnab, kura-kura, burung, kancil, kambing, rusa dan ikan.
  • Semuanya tanpa batasan. Tanpa ada cermin kaca sebagai penghalang (untuk binatang tak berbahaya sahajalah).
farm in the city
ada burung kakak tua tu

farm in the city

farm in the city
Si angsa hitam
farm in the city
Seksyen burung
farm in the city
seksyen reptilia.

Atas : tengah menguap

Bawah : ada kat atas kita

farm in the city
kura-kura dan gagak putih
farm in the city
Dalam seksyen arnab
farm in the city
Dalam seksyen savana

Pasal makan?

Kami sebenarnya sampai je terus makan dulu kat situ. Sebab tak makan tengah hari lagi masa tu. Hehe.

farm in the city
Inilah restorannya

Jangan risau dengan dekorasi restoran tersebut yang macam restoran orang cina. Sebenarnya, itu restoran yang diuruskan oleh orang melayu. Jadi, inshaAllah halal.

Perjalanan selama 1 jam setengah memang memuaskan. Anak-anak gembira, saya gembira! Memang tempat yang akan saya syorkan kat anda semua yang mempunyai anak kecil.

happy babies with chicky!
Cari Pengedar Shaklee? >>> Pengedar Shaklee Malaysia
.
.
Nak Daftar Jadi Ahli? >>> Borang Daftar Ahli Shaklee Online