Akhirnya hujung minggu yang ditunggu-tunggu oleh saya dan anak-anak berkunjung tiba. Setelah hampir sebulan Encik kesayangan kami pi bertapa kat event-event dalam negara. Untuk setiap hujung minggu pula tu. Huhu.

Taman Burung Kuala Lumpur | Pengedar Shaklee Kuala Lumpur

Memang dah plan dengan hubby nak pi Taman Burung KL tu. Sebab minggu yang hubby free (sebulan sebelum ni) kitaorang taktau nak bawa anak-anak pi jalan mana. Almaklum anak-anak jarang pi jalan selain rumah atok dorang – Shaklee Sri Rampai – Poslaju Shamelin – terkadang ke Tesco untuk makan di Kluang Station. Huhu.

Jadinya boring-boring kami pun pi lah Times Square (TS) walhal taktau nak buat apa kat situ. Sampai je TS anak-anak tidur pula. Lagi kami mati akal. Huhu. Dan dan tu teringat kat belakang Masjid Negara ada taman-taman yang sesuai untuk budak-budak. Terus kitaorang gerak ke sana.

Tengah on the way tu azan asar berkumandang. Jadinya kami pi solat dulu. Habis solat sambil-sambil layan anak-anak lari tengok air pancut kat perkarangan masjid, dah pukul 5 lebih. Huhu. Sebab dah lambat, kitaorang pi round cari jalan ke taman burung tu. Tengok dari luar je la..huhu.

Oh ya, nak tahu ke apa vitamin yang sesuai untuk dibawa semasa sedang bercuti atau melancong? Bolehlah klik ke : Vitamin Untuk Bawa Pergi Bercuti – Set Travel Shaklee.

Setelah 2 minggu berlalu,

Akhirnya….Chewah! Hehe. Memang dah plan nak gi dah. Dan dan pula sepupu saya datang dari Batu Pahat sebab ada kursus di PNB. Kitaorang ajak diaorang sekali dan dan nak pi gak sebab anak dia tengok rancangan kanak-kanak kat Astro – pasal Riezman bawa anak-anak dia pi taman burung.

Taman Burung Kuala Lumpur | Pengedar Shaklee Kuala Lumpur
muka gembira lepas menghabiskan ringgit Malaysia

Haa elok sangatlah plan kali ni. Jadinya set hari Sabtu gi. Kol 11 pagi sampai kat taman burung tu.

  • Tiket dewasa : RM25
  • Tiket kanak-kanak (3 tahun – 12 tahun) : RM12

Taman Burung Kuala Lumpur | Pengedar Shaklee Kuala Lumpur

Besar gila tamannya. Bak zoo negara. Yang best burung-burung dekat je dengan kita. Terbang bebas. Siap leh bagi makan. Tapi kepala kena jaga-jagalah. Salah port lepak, kat situ terlepuk tahi burung bertenggek kat atas kepala. Hehe.

Taman Burung Kuala Lumpur | Pengedar Shaklee Kuala Lumpur
Ini kami!
Taman Burung Kuala Lumpur | Pengedar Shaklee Kuala Lumpur
Sedang gigih baca peta tu…dah sesat ni..hehe

Macam-macam jenis burung ada. Bird show pun ada tapi tak dapat tengok sebab duk kejar anak-anak main kat taman permainan – kat atas tempat show.

Taman Burung Kuala Lumpur | Pengedar Shaklee Kuala Lumpur
Burung Undan (yang dalam fairy tale bawa Jumbo tu)

Taman Burung Kuala Lumpur | Pengedar Shaklee Kuala Lumpur
Merak yang kekwat sangat. huhu

Alhamdulillah tercapai plan kali ni nak bawa anak-anak jalan tempat macam ni. Asyik masuk bangunan je, kita yang dewasa ni pun bosan ye dak. Huhu. Dekat 2 jam setengah jugalah nak pusing taman tu. Penattttt tapi berbaloi. Heee..

Taman Burung Kuala Lumpur | Pengedar Shaklee Kuala Lumpur
Penattt..rehat makan corn in cup

Balik tu pi singgah lunch kat Restoren Ayam Penyet kat Desa Pandan. Sampai rumah semua tumbang. Kepenatan. Huhu.

Taman Burung Kuala Lumpur | Pengedar Shaklee Kuala Lumpur
Sailormoon Malaysia!