Alhamdulillah masa kat Jeju tu saya dan kawan-kawan sempat merasa makanan yang diiktiraf sebagai “muslim friendly”. Jadi, suka juga saya nak buat Review Tempat Makan Halal Di Jeju sepanjang 9 hari kat sana.

Full itinerary :
https://fatinmazelan.com/pengalaman-bercuti-di-pulau-jeju-bersama-anak-kecil.html

Tempat Makan Halal Di Jeju

Restoran

Chumsimine House (Choonsim’s House)

Restoran yang berada di Seogwipo ni berkonsepkan fine dining, siap ada chef tolong masakkan stew tau. Rata-rata kedai makan kat Jeju ni memang pakej hidangkan selambak macam masakan padang tu. Huhu. Tapi bezanya nasi padang tu kira mana yang kita makan saja, yang ni dah termasuk pakej dia.

Restoran ni mesra kanak-kanak tau. Dalam toilet dia siap ada tangga untuk budak-budak guna sinki dan ada cot untuk tukar lampin bayi. Dia buka jam 9 pagi dan tutup jam 11 malam. Last order jam 10.30 malam tau. Ada parking lot kat belakang kedai. Parking free je. Dari World Cup Stadium tu dalam 30 minit juga nak sampai.

No. GPS : 7944010

Uribong Sikdang

Restoran ni berada di Seongsan, Jeju-do (belah timur Pulau Udo) berdekatan dengan Seongsan Ilchulbong Peak. Tapi sebab sana jalan 1 hala je, kena pusing 2 blok bangunan juga nak sampai. Restoran ni konsep macam Daewonga tapi makanan lebih kurang Chumsimine tu.

Actually tak sempat makan pun pasal datang kol 7 dia kata dah tutup. Ramai sangat agaknya yang datang hari tu. Kempunan kami. Huhu. Restoran ni ada tempat solat tau.

No. GPS : 7820032

Daewonga

Yang ni terletak di Jeju City. Restoran berkonsep steamboat makanan laut. Yang ni kami dapat macam ala-ala private room dia pasal 10 orang kan. Kat sini saya ambil portion untuk 3 orang sebab berkongsi makan dengan kak Edza dan suami. Sini restoran biasa lah, toilet pun kecil je.

Masa dia hidang abalone dalam stew tu, abalone masih hidup bergerak-gerak. Restoran ni tutup jam 10.30, last order jam 10 malam.

No. GPS : 7533030

Willala

Yang ni hari tu duk scroll ig owner Jeju Muslim Travel ada kongsikan yang ini restoran kawan dia. Boleh makan dan request untuk masak guna minyak sayuran dan tanpa alkohol. Sepatutnya saya pergi sini lepas pergi Pulau Udo tapi plan changed. Pergi lepak makan aiskrim kacang tanah kat Udo tu. Hehe.

Tapi kawan saya, kak Erni ke sana. Dia kata portion besar juga. Bolehlah hilangkan kebosanan anak-anak asyik makan nasi dan mee je. Hehe. Dapatlah merasa western food kat negara orang.

No. GPS : 7825120

Bada Janchi

Yang ni pun sama lebih kurang macam 4 restoran di atas. Pun saya tak pergi tapi kak Erni lunch kat sana. Yang bestnya pergi sini, dorang provide booklet untuk muslim traveller. Dalam booklet tu ada beritahu kat mana ada tempat solat, restoran mesra muslim, dan perkara-perkara yang memudahkan kita untuk travel di Jeju.

Jadi, saya galakkan sangat bila sampai ke Pulau Jeju ni, bolehlah lunch di Bada Janchi ni dan dapatkan booklet tu dulu sebelum ke tempat lain.

No. GPS : 7028989

Baca juga : https://fatinmazelan.com/review-airbnb-di-jeju.html

Cafe

Kebanyakkan cafe yang kami pergi semuanya berasaskan kopi dan teh. InshaAllah boleh minum melainkan kita was-was. Hehe.

Actually bukan nak pergi makan pun. Tapi fasal cafe tu famous, masuk dalam Korean dramas and movies, instafamous pergi, owner cafe tu artis Korea punya, haruslah ootd kan. Hehe.

Okay ini antara cafe yang kami berjaya jejak masa kami pergi hari tu

Osulloc Tea Museum & Innesfree Jeju House, Seogwipo

Osulloc Tea Museum dan Innesfree Jeju House ni sebelah-sebelah saja sebenarnya cuma Innesfree kebelakang sikit atas bukit sebelah Osulloc tu. 2-2 ada cafe masing-masing. Kami tak sempat cuba aiskrim teh hijau kat Osulloc tapi hi-tea di Innesfree.

Osulloc GPS : 7945312
Innesfree GPS : 7945351

Yellow Cafe, Seogwipo

Yellow Cafe ni betul-betul bawah KFC dan berdepan dengan K-Pop Museum. Sini terkenal dengan minuman dia yang gunakan banana uyu yang famous tu. Saya cuba cafe latte with banana flavored milk. Sedap juga.

GPS : 7391140

Cafe kat Udo Island (lupa nama)

Kat Pulau Udo ni banyak gila cafe beratur. Hehe. Sebelah-sebelah saja cafe-nya. Semuanya berdepan dengan Udobong Peak ni. Pilih je nak beli kat kedai mana satu tapi make sure cek dulu ya mana yang boleh makan. Kami cuba aiskrim kacang tanah kat sini. Peanut weh siapa tak suka? Sedaplah! Hehe.

GPS : 7825671

Monsant Aewol Cafe & Bomnal Cafe, Jeju City

Bomnal dan Monsant ni pun boleh dikategori sebagai sebelah-menyebelah. Hari tu kami parking depan Bomnal dulu sebab hujan waktu tu. Lepas lepak kejap kat Bomnal ni kami ke Monsant pula untuk pengesahan kedatangan! Hahaha.

Monsant GPS : 7998900
Bomnal GPS : 7994999

The Morning Smile Farm Cafe

Yang ni kat ladang lembu sebenarnya. Siapa yang pernah pergi ladang lembu kat Kundasang, Sabah tu haa lebih kurang sinilah. Ada cafe jual produk berasaskan susu lembu. Makan aiskrimlah apa lagi. Hehe.

GPS : 7272545

Sekian, Review Tempat Makan Halal Di Jeju oleh saya.