Disebabkan berpindah-randah di Jeju tu, bolehlah buat Review Airbnb Di Jeju ni. Hehe. Best-best semua homestay yang kami duduk ni. Semua kami dapat dari website airbnb. Kena ambil homestay lah untuk 6 dewasa 5 kanak-kanak. Kami ambil yang minimum ada 3 bilik. Sebab pergi 3 keluarga kan.

Tak banyak pula ambil gambar dalam homestay sebab duk ambil video untuk vlog. Jadinya saya masukkan video lah ya kat sini. Maaf juga sebab amatur lagi videonya goyang-goyang. Hehe.

Review Airbnb Di Jeju

Airbnb 1 : Seogwipo

Rumah ala-ala town house, kami tingkat bawah

Airbnb ni berjiran dengan balai polis Seogwipo, dalam 10 minit ke World Cup Stadium dan eMart. Interior dia sangat cantik. Kena lah dengan harga dia. Ada 3 bilik – 2 katil queen & 2 katil single. Ada tambahan futon bed juga. Bilik saya saja ada aircond. Hehe.

Rumah memang dilengkapi dengan heater. Jadi, kat lantai akan rasa suam-suam panas je bila musim sejuk. Ada kelengkapan memasak dan mesin basuh untuk basuh baju. Tuan rumah memang dah siap-siap sediakan sabun mandi dan sabun basuh baju. View dari beranda memang nampak stadium tu. Laman dia cantik! Ruang tamu pun besar sesuai untuk budak-budak regangkan kaki.

Kami stay kat sini 4 malam.

Airbnb 2 : Seongsan, Jeju-do

Homestay ni kami pilih sebab konon nak duduk kat suasana kampunglah. Nak merasa kat sana macam mana. Sekali memang kampung betul. Masuk ke dalam jugalah dari jalan besar. Dahlah jalan muat 1 kereta je. Hahaha. Tapi best juga.

Rumah ni kami kongsi duduk dengan tuan rumah. Tingkat bawah rumah dia, tingkat atas kami punya. Laman dia besar gila. Siap ada kebun limau dan kebun yang baru ada batas, siap ada lembu lagi untuk tuan rumah collect susu.

Untuk interior dalam dia, macam pelik sikitlah bagi kita orang Malaysia sebab masuk-masuk saja ada dapur, televisyen, katil queen dan tandas dalam 1 ruang. Dah macam bilik jenis studio. Siap ada pintu untuk asingkan dengan bilik-bilik yang lain. Kat belakang baru ada 2 bilik dan 1 lagi tandas.

Mula-mula macam terkejut tapi dah duduk 2 malam, okay je. Hehe. Cuma banyak barang-barang koleksi peribadi tuan rumahlah. Risau yang ada anak kecil lah sepahkan. Yang lain semua okay. Waktu pergi tu masih sedang pertukaran musim jadi angin kuat gila. Malam-malam tidur siap dengar bunyi angin tu. Huhu.

Kami stay kat sini 2 malam je.

Airbnb 3 : Naedo, Jeju City

Yang ni homestay paling elegant sekali. Kalau yang pertama tu nampak eksklusif dan high end, yang ni macam ala-ala hipster dalam drama korea tu lah. Hahaha. Yang ni betul-betul tepi laut. Memang nampak view laut dari bilik utama dan nampak kapal terbang mendarat setiap 30 minit dari tingkap dapur.

Ya, dekat juga dengan airport. Yang ni ada 1 tandas saja tapi ada 4 bilik – 2 katil queen, 4 katil single. Seronoklah anak kak Erni dapat bilik sendiri. Hehe. Homestay ni juga best sebab dia ada mesin basuh dan dryer! Penting wooo kalau jalan jauh ni. Haha.

Kat sini air pun kena set tau. Dia kongsi dengan heater. Memang rasanya semua rumah ada remote tu. Tuan rumah akan inform yang mana untuk shower, yang mana untuk heater. Tong sampah sini je dia siap-siap suruh asingkan untuk yang boleh kitar semula dan sisa makanan. Tuan rumah yang ni perempuan. Hehe.

Basically dorang ni nak buka pintu rumah tak perlukan kunci pun. Hanya pakai kod kat pintu saja kecuali rumah nombor 2 tu tak payah kunci pun pintu. Rasanya kadar jenayah curi rompak ni rendah juga dikalangan rakyat Korea ni sebab dorang relaks saja kalau tinggal pun. Huhu.

Basically ini benda-benda yang korang kena tahu untuk homestay di Jeju (berpandukan persamaan 3-3 rumah yang kami stay ni):

1. Heater controller

Dorang pakai pemanas build-in kat lantai, jadi waktu musim sejuk, akan guna heater tu. Boleh google : Korean Ondol System. Nak cerita yang ondol ni ada controller dia macam kat bawah ni. Untuk heater lantai & air panas di paip, guna controller yang sama. Cuma kena tahu tekan punat mana je.

Macam rumah 1st tu, dia boleh pakai sekali heater dan air panas. Mungkin dia pasang lain-lain sistem kot jadi tak ada masalah nak guna 2-2. Lagi 2 rumah, kena pilih gilir-gilir nak guna mana.

2. Tong sampah

Untuk pengetahuan, Korea lebih kurang Jepun juga. Asing-asingkan sampah ikut kategori. Jadi, kita sebagai pendatang dengan izin haruslah ikut peraturan kan. Untuk rumah ketiga kami memang dia sediakan tong sampah berasingan ikut kategori.

3. Parking

Untuk parking kereta, ke semua rumah ada kemudahan parking di depan rumah. Standard sana macam 1 rumah ada 2 parking lot. Ada parking untuk kereta elektrik juga. Untuk rumah pertama, tuan rumah tunjuk kat mana boleh parking, kat mana tak boleh.

Memang syoklah dapat explore macam ni sebab pergi ramai-ramai kan. Oh ya, parking kereta jangan risau, memang ada tempat yang disediakan.

Nak tengok interior untuk ketiga-tiga airbnb tu? Jom tengok Review Airbnb Di Jeju ni.