Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar? Semoga semua pembaca blog saya dalam keadaan sihat sejahtera. Kali ini saya nak kongsikan Resepi Peria Kata Mengikut 4 Jenis Budaya. Since Peria Katak ni banyak khasiat, jadinya perlulah variasi resepi.

Tahu kan? Peria Katak ni antara khasiatnya mampu mengawal kandungan gula dalam darah kita sekaligus mengawal penyakit kencing manis. Silap-silap boleh rawat penyakit tu sekali. Siapa tahu kan?

Boleh baca lebih lanjut tentang khasiat Peria Katak tu di sini : Khasiat Peria Katak Untuk Kencing Manis.

Okay lah kita mulakan terus dengan sharing resepi mengikut budaya ni. Oh sebelum tu diharapkan janganlah dikecam sekiranya ini bukan cara yang betul memasak sayur Peria Katak ini mengikut budaya masing-masing. Mungkin resepi ini ada yang telah di modified mengikut selera masing-masing. Heee.

Antara tips yang saya boleh bagi untuk memasak sayur Peria Katak ni (mengikut persamaan dari keempat-empat budaya yang saya senaraikan) adalah:

  • Sayur dibelah 2 dan bijinya dikaup menggunakan sudu.
  • Untuk hilangkan rasa pahit yang kuat pada sayur, rendam / rebus / peram dengan air garam sebelum memasak.

Resepi dari budaya India : Peria Katak Masak Kari

Bahan-bahannya:
250g sayur peria katak (Indian panggil pavakkai kan?)
1 cawan bawang yang telah dihiris
1 cawan tomato yang telah dipotong
Asam jawa – rendam dengan 1/3 cawan air suam
Sedikit garam

Bahan-bahan rempah:
Secubit serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk ketumbar

Bahan-bahan perasa:
2 1/2 sudu besar minyak
3 biji cili merah
Secubit serbuk Asafoetida
Daun kari

Cara-caranya:

    1. Belah dua sayur peria katak tu. Buang bijinya. Kaup dengan sudu kecil saja. Kemudian, hiris saiz ikut suka.
    1. Panaskan minyak dalam pressure cooker. Masukkan biji sawi, asafoetida, cili merah dan daun kari. Bila biji sawi dah mengembang, masukkan bawang dan kacau sehingga ia memutih.
    1. Kemudian, masukkan tomato, serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk ketumbar dan panaskan sehingga tomato sedikit lembut.
    1. Masukkan sayur peria katak dan panaskan sekitar 5 minit. Masukkan garam dan air asam jawa.
    1. Tutup periuk dan tunggu sehingga berbunyi.
    1. Bila dah berbunyi, buka periuk, kacau dan biarkan selama 5 minit. Kalau ada air, biarkan sehingga air mendidih. Boleh saja jika nak tambah serbuk kari untuk sayuran untuk penambah rasa.
  1. Tutup api. Siap. Hiaskan dengan daun ketumbar. Boleh dimakan bersama nasi atau capati.

Resepi dari budaya Cina : Peria Katak Masak Telur Masin

Bahan-bahannya:
Sebiji sayur Peria Katak (400g)
3 sudu besar minyak sayuran
1 sudu besar bawang putih (dipotong dadu)
1/2 sudu kecil kiub stok ayam
Sedikit daun bawang yang dipotong-potong 2cm.
2 biji kuning telur masin

Cara-caranya:

    1. Sama juga cara macam kat atas. Belah 2 sayur peria katak dan kaup bijinya keluar menggunakan sudu teh. Kemudian hiris 3mm untuk setiap potongan.
    1. Letakkan garam dan basuh untuk menghilangkan rasa pahit pada sayur.
    1. Kukus kuning telur masin selama 5 minit. Kemudian, hancurkan telur menggunakan garfu.
    1. Panaskan minyak. Masukkan sayur peria katak dan stok ayam. Panaskan selama 2 minit. Kemudian, angkat dan letak ketepi.
    1. Dalam kuali yang sama, panaskan minyak. Masukkan kesemua bahan kecuali sayur peria katak dan kacau.
    1. Kemudian, masukkan sayur ke dalam kuali. Kacau.
    1. Masukkan sedikit lada sulah dan gula untuk perasa. Dan masukkan sedikit air.
    1. Tutup kuali dan biarkan ia mengering.
  1. Tutup api dan siap untuk dihidang. Boleh dimakan bersama nasi kukus atau bubur panas.

Sebelum kita sambung lagi 2 resepi untuk budaya Jepun dan Melayu, saya nak share sikit tentang khasiat Peria Katak ni. Yang mana satu yang contribute untuk kencing manis? Dalam sayur ni, ada kandungan Phyto-nutrient, Poplypeptide-P dan Charatin yang mampu mengawal kadar gula dalam darah dan sesuai untuk pesakit Diabetes Type 2.

Kat sini juga saya nak introduce satu produk yang memberikan kesan yang sama untuk pesakit kencing manis, malah ia lebih bagus dari hanya memakan sayur peria katak ni. Boleh klik sini untuk tahu lebih lanjut : Resveratrol Bantu Rawat Kencing Manis.

Okay, sambung resepi balik.

Resepi dari budaya Jepun : Salad sayur Peria Katak

Bahan-bahannya:
Sebiji sayur peria katak
Sekotak tofu
1 inci halia
4 sudu besar bijan putih yang telah dibakar
2 sudu besar minyak bijan
1 sudu kecil sos soya
1 1/2 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam

Cara-caranya:

    1. Toskan tofu dan keringkan.
    1. Belah 2 sayur peria katak dan kaup bijinya keluar. Hiris setiap 3mm.
    1. Rebus sayur dengan sedikit garam selama 3-5 minit dan toskan.
    1. Rendam sayur yang telah ditos ke dalam air sejuk dan toskan sehingga betul-betul kering.
    1. Sagat halia sehingga hasilkan 1 sudu kecil termasuk jusnya.
    1. Tumbuk biji bijan sehingga hampir lumat.
    1. Campurkan halia, bijan yang telah ditumbuk, minyak bijan, sos soya dan kacau sebati.
    1. Masukkan tofu dan hancurkan. Kemudian masukkan sayur peria katak dan kacau sehingga sebati.
  1. Perasakan dengan garam dan gula mengikut selera.

Resepi dari budaya Melayu : Sayur Peria Katak Masak Sambal

Bahan-bahan:2 biji peria

1/2 biji bawang besar (dihiris)

1 biji bawang putih (dihiris)

Sejemput ikan bilis

1/2 keping asam keping

Garam dan gula secukupnya

Sedikit air

Minyak untuk menumis.

Bahan yang dikisar:1/2 biji bawang besar

2 biji bawang putih

5 biji cili kering

1 sudu besar udang kering

Cara-caranya:

    1. Panas minyak. Masukkan bawang besar, bawang putih dan ikan bilis dan goreng sehingga garing. Kemudian diangkat dan ketepikan.
    1. Tumis bahan yg telah dikisar sehingga masak/pecah minyak.
    1. Masukkan sayur peria katak, asam keping dan air. Kacau rata dan biar sehingga masak.
  1. Perasakan dengan garam dan gula. Bila sudah secukup rasa dan peria masak, masukkan bawang besar, putih dan ikan bilis yg telah digoreng tadi. Gaul rata dan angkat. Siap untuk dihidang.

Banyakkan variasi resepi Sayur Peria Katak ni mengikut budaya masing-masing. Diharapkan saya telah membantu awak mencari idea untuk berjaya makan sayur banyak khasiat ni. Selamat mencuba!

By the way, Shaklee mempunyai produk yang mempunyai fungsi yang lebih kurang sama untuk menambahbaik kesihatan pesakit kencing manis. Boleh baca di sini : Vivix Shaklee Ada Cara Turunkan Gula Dengan Cepat.

Cari Pengedar Shaklee area anda? >>> Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

Nak Beli Shaklee Online Terus Dari Shaklee HQ >>> Cara Beli Shaklee Online

Nak Daftar Jadi Ahli? >>> Borang Daftar Ahli Shaklee Online