Assalammualaikum…

Gigih nak membesarkan anak pra-matang ni. Sekarang masih dalam usaha. Alhamdulillah Hani makin hari makin membesar dengan sihat dan kuat. Hasil penyusuan badan secara elektif tanpa campuran bahan lain.

Ini satu pengalaman kerana dia anak pertama. Ini mungkin satu ujian untuk kuatkan diri dan iman. Alhamdulillah. Setakat ini berjaya dan akan terus berjaya.

Sebab dia pra-matang, maka selalu selalulah ke hospital untuk mengetahui perkembangan Hani. Makin bagus atau ada yang tak kena. Penat menunggu lagi parah dari penat nak ulang alik hospital.

23 hari besarkan dia seorang diri di hospital amat memberi pengajaran. Amat cekalkan hati dan minda. Hampir putus asa. Mujur suami memberi kata semangat dan hari-hari datang melawat.

Selepas 3 minggu keluar hospital, Hani dimasukkan kembali ke wad. Jaundis berpanjangan. Risau saya memang tak ingat. Dah tak nak duduk hospital mengenangkan 23 hari yang lama tu. 3 hari selepas tu doktor bagi discaj. Beliau kata normal bagi bayi pra-matang. Beliau ambil sampel darah yang entah berapa kali kat tangan Hani [sehingga kini masih berbekas] dan air kencing untuk diuji. Keputusannya 2 minggu lagi.

Selepas 2 minggu, kami ke hospital lagi. Alhamdulillah ketika itu berat Hani telah mencecah 3.1kg. Keputusan ujian darah ada masalah pada fungsi hati dan tiroid. Darah diambil lagi untuk ujian terakhir. Dalam hati doanya jangan tak baik yang jadi.

Selepas 2 minggu diminta datang lagi iaitu hari ini. Tiba tadi tiada langsung pesakit lain. Proses jumpa doktor hanya memerlukan masa 15 minit berbanding yang dulu sampai 3 jam. Hasil keputusan, normal. Alhamdulillah. Hani sihat. Hani membesar secara normal. Tiada cela. Selepas ini tiada lagi temu janji dengan doktor. Hanya pada September untuk uji telinga dia berfungsi atau tidak. Harapnya keputusannya juga memberangsangkan.

Selama 2 bulan menyusukan badan, terasa terharu melihat Hani membesar dengan sihat. Hari-hari suka lihat dia membesar dan membesar. Kini berat Hani sudah cecah 3.6kg. Biarpun berat seperti bayi 1 bulan tapi perkembangan Hani sejajar dengan umurnya yang kini 2 bulan.

Semoga Hani akan terus membesar dengan baik. Yosh!

Note : Untuk pengetahuan, prolong jaundis adalah normal bagi bayi pra-matang seperti Hani yang menghidap jaundis sehingga usia 2 bulan dan baru sahaja pulih minggu lepas. Ehe.