Nak Petua Hilangkan Sakit Gigi? Kali ini saya nak kongsikan petua yang telah saya cuba dan alhamdulillah berjaya digunapakai untuk Petua Hilangkan Sakit Gigi Geraham Bongsu, Berlubang, Dengan Cepat. Memang betullah orang kata sakitnya lagi sakit dari nak melahirkan anak. Boleh hilang pedomanlah! Haha. Okay, jom kita tengok apa Petua Hilangkan Sakit Gigi yang paling efektif.

Petua Hilangkan Sakit Gigi

 

Punca Sakit Gigi

Sakit gigi ini berpunca dari pelbagai sebab tapi saya nak ulas tentang sakit gigi geraham bongsu. Bila saya kongsi saya ada masalah sakit gigi geraham bongsu, sakit gigi berlubang punya, ramai pula kawan-kawan yang rupanya mempunyai masalah yang sama.

Rata-ratanya sakit gigi geraham bongsu akibat dia tumbuh senget. Yang mana sepatutnya tumbuh tegak, dia tumbuh melintang (lihat gambar).

Petua Hilangkan Sakit Gigi

Yang saya punya masalah sakit gigi geraham bongsu apabila dari awal dia tumbuh tak penuh. Tumbuh separuh dan membuatkan ia berlubang. Jadi, lama-lama makin terhakis, jadilah sakit gigi berlubang. Sakitnya hanya tuhan yang tahu. Nak kunyah makanan pun susah, kan?

Makin lama makin haus lepas itu dia terpecah masa sedang kunyah makanan. Tengah makan nasi saja pun. Memang gigi itu tumbuh dah berlubang dari awal. Bila dah pecah jadi susahlah nak makan. Sakit gigi berdenyut-denyut dan macam kena kejutan elektrik. Hehe. Tak boleh tahan.

Okay, tanpa buang masa, kita terus kepada Petua Hilangkan Sakit Gigi Geraham Bongsu, Berlubang, Dengan Cepat yang saya cuba ikhtiar.

 

Petua Hilangkan Sakit Gigi

 

1) Kumur dengan air garam

Bila sakit, dah bengkak, kita elakkan supaya tidak sampai kena jangkitan kuman. Tanda pertama pastilah demam. Demam sakit gigi memang lain macam punya. Haha. Jadi, untuk elakkan terkena, kita kumur dengan air garam. Selagi sakit, selagi itu kena kerap kumur.

Berkumur air garam juga bantu kekalkan persekitaran yang beralkali untuk mulut kita sekaligus mengelakkan bakteria jahat merebak.

2) Bawang putih

Bawang putih juga adalah salah satu Petua Hilangkan Sakit Gigi yang digunapakai oleh orang ramai dengan menghiris sedikit bawang putih dan letakkan di bahagian gigi yang sakit. Ada juga yang mencampurkan bawang putih dengan cuka dan kunyah di bahagian gigi yang sakit.

3) Bersugi

Gantikan berus gigi anda dengan kayu sugi semasa menggosok gigi. Berus gigi dengan terlampau kuat atau menggunakan jenis yang medium atau hard membuatkan gigi yang sakit lambat nak baik. Jadi, gantikan dengan kayu sugi untuk mengurangkan rasa sakit.

Bersugi juga mampu membuang plak gigi yang terlekat yang membuatkan gigi lebih sakit.

4) Pengambilan supplemen

Pengambilan supplemen juga boleh dijadikan sebagai Petua Hilangkan Sakit Gigi yang dialami seperti yang dah saya alami tempoh hari. Alhamdulillah sakit gigi memang berkurang sebelum saya serah diri ke klinik gigi untuk cabut gigi yang dah berlubang.

Saya ambil Vitamin C, OmegaGuard Shaklee, Garlic Complex dan Ostematrix Shaklee sebagai salah satu Petua Hilangkan Sakit Gigi Geraham Bongsu, Berlubang, Dengan Cepat yang telah saya cuba.

Dapatkannya di : Set Sakit Gigi Shaklee

Alhamdulillah memang sangat membantu dari menjadi lebih teruk dan bila sakit gigi hilang, lebih mudah untuk cabut gigi tersebut. Dan sekarang saya tidak lagi ada masalah sakit gigi. Anda juga patut cuba juga Petua Hilangkan Sakit Gigi Geraham Bongsu, Berlubang, Dengan Cepat ini.