Kali ni saya nak kongsikan Pengalaman Saya Mengandung Anak Pertama. Penantian selama 2 tahun berakhir setelah saya dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, 3.2kg dan sihat.

Pengalaman Saya Mengandung Anak Pertama | Pengedar Shaklee Sepang

Dalam tempoh 2 tahun tu, macam biasalah soalan-soalan yang kurang sedap didengar asyik ditanya oleh kawan-kawan dan ahli keluarga. Diri ini hanya mampu senyum dan minta doa yang baik-baik je.
Pengalaman pertama mengandung tak banyak yang say bayangkan. Cuma berharap saya dan kandungan sihat. Tipu lah kalau kata tak takut langsung fikir macam mana nak bersalin. Huhu.
Seingat saya, dapat tahu mengandung ni sebab seminggu lewat period. Selepas kahwin period saya agak teratur. So, terus saya pergi klinik depan rumah untuk sahkan kehamilan.
Alhamdulillah jangkaan saya dan suami betul. Saya disahkan hamil (tak ingat berapa minggu). Suami la orang yang paling bahagia siap sujud syukur.
Pada hari yang sama lepas disahkan hamil, parents lah antara orang terawal tahu berita gembira ni. Selama ni masing-masing fikir yang bukan-bukan. Alhamdulillah, rezeki anak Allah beri bila tiba masanya.
Tempoh sebulan hamil alhamdulillah sihat. Cuma saya dah kurangkan aktiviti berat dan lasak sebab rahim belum kuat (pesan orang tua). Rumah pulak dua tingkat, seminggu sekali je saya naik atas.
Kalau nak apa-apa pesan kat suami mintak tolong bawa barang turun. Mengada-ngada kan? Hehe. Tapi orang tua pesan kena patuh. Mulut depa masin. Tak percaya cuba korang ingkar tengok. Huhu.
Memandangkan suami saya ni kerja shift tak menentu dan asyik outstation, saya dinasihatkan untuk balik kampung duduk dengan mak. Sedih. Perasaan ibu mengandung ni sensitif. Baru saya tahu sedih tinggalkan suami. Ishk..
Langit tak selalu cerah, Pengalaman Saya Mengandung Anak Pertama pada bulan kedua mengandung morning sickness makin menjadi-jadi. Kali ni tak kira masa asal makan je muntah. Asal minum je muntah. Sampai parents tak bagi makan sebab kesian tengok asik muntah je.
Berat dari 50kg turun mendadak jadi 43kg! Kurus kering sampai parents menangis tengok keadaan saya. Lebih kurang 3 minggu berlarutan, family hantar saya ke hospital besar untuk dapatkan rawatan doktor.

4 hari 3 malam saya di hospital. Syok ke? Tak! Kalau hospital swasta mungkinlah syok. Tapi hospital besar, panas, tak selesa, toilet jauh. Nurse kata alahan ni bukan penyakit. Memang ibu-ibu yang alahan sengaja diorang letak katil jauh dari toilet. Bertabah lah wahai hati.

Pengalaman Saya Mengandung Anak Pertama | Pengedar Shaklee Sepang
Ni lah hospital tempat bertapa. Hehe.

Waktu melawat pon strict. Sedihnya rasa Allah je yang tahu. Ibu mengandung ni bukannya apa, diorang perlukan belaian dan perhatian. Kalau ditinggalkan macam tu kat hospital, memang menangis je la tiap-tiap malam fikir nak balik.

Suami dari KL ada datang melawat tapi kena ikut juga waktu melawat. Wad ketiga je duduk, mungkin kalau wad pertama ada kelonggaran sikit. Suami kerja swasta, so kitaorang tak tahu sangat prosedure.

Alhamdulillah, semasa saya bersalin saya ada amalkan pengambilan supplemen untuk bantu saya dapatkan nutrisi yang hilang bila asyik muntah masa mengandung. Saya ambil ini : Set Bersalin Shaklee.

Layanan nurse ok je. Hati ni lah meronta-ronta nak balik. Nak keluar punya pasal, saya paksa diri minum air banyak-banyak. Suami bekalkan air barli dan 100 plus.
Muntah masih ada cuma tak teruk kesan daripada makan ubat. So, kadang-kadang bolehlah sembang dengan jiran sebelah katil. Best juga duduk wad kelas tiga ni sebab dapat ramai kawan baru.

Lepas keluar dari hospital, bermulalah episod ulang-alik ke klinik kesihatan untuk checkup. Setakat ni semuanya mudah sebab jarak antara rumah ke klinik dan hospital sangat dekat. Pernah 1 hari tu saya jalan kaki je ke klinik. Steady! Hehe.

Paling saya tak dapat lupa, sepanjang tempoh hamil 8 bulan, saya langsung tak boleh bau suami. Elok sangat la kami berjauhan kalau dekat mungkin lebih teruk muntah. Huhu. Masa tu bau wangi pon tak boleh. So, shampoo dan shower gel saya guna yang khas untuk baby. Ubat gigi sensodyne je dan langsung tak pernah sapu krim pencuci muka atau sembur minyak wangi.

Walaupon disahkan menghidap Gestational Diabetes Mellitus (GDM), Tekanan Darah Rendah dan ada fibroid ketika mengandung, sejujurnya saya enjoy semua moment ni. Paling saya bersyukur ada parents di sisi siang malam jaga saya. Tiap-tiap malam saya tidur dengan parents.

Mak tolong urut badan, ayah mengaji untuk saya dan baby. Nikmat yang Allah ganti dalam keadaan sakit. Alhamdulillah. Berat pon naik dengan jayanya, 63kg! Huhu.

Pengalaman Saya Mengandung Anak Pertama | Pengedar Shaklee Sepang
Anak saya berusia 6 bulan dan berat 8.6kg.

Kan dah kata, ibu mengandung ni nak belaian dan perhatian je. Mengada-ngada kan? Next time if ada lagi rezeki anak kedua, saya plan nak bersalin di hospital swasta pula. Inilah Pengalaman Saya Mengandung Anak Pertama saya.

Love,

Pengedar Shaklee Sepang | Pengedar Shaklee Online

Saksikan kompilasi aktiviti team kami dan pencapaian dalam Bisnes Online Shaklee

Nak Beli Produk Shaklee Dari Pengedar Shaklee >>> Pengedar Vivix Shaklee Online

Nak Beli Shaklee Online Terus Dari Shaklee HQ >>> Cara Beli Shaklee Online

Nak Daftar Jadi Ahli >>> Borang Daftar Ahli Shaklee