Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar? Semoga semua pembaca blog ini dalam keadaan sihat senantiasa. Entri kali ini saya nak kongsi tentang Pengalaman Saya Latih 2 Orang Anak Ke Tandas.
Alhamdulillah, anak saya masing-masing dah berumur 4 dan 5 tahun untuk tahun 2017 ni. Saya juga hantar mereka ke sekolah untuk bergaul dengan rakan sebaya dari duduk rumah asyik nak pegang phone tengok youtube saja. Huhu.
Actually, saya mula latih anak ke tandas ni kira di usia yang kira lewat. Bulan 12 tahun lepas je pun. Hehe. Masa cuti hujung tahun ni. Tapi bagi saya ok sangat dah ni. Waktu 2-2 dah boleh faham apa yang kita kata kan.
Saya start dengan si kakak dulu, yang sulung. Seminggu sebelum ke Perlis. Hahaha! Alhamdulillah ok. Tak ada terbabas masa siang. Malam still pakaikan pampers. Cuma tang nak buang air besar saja masih belum yakin nak ke tandas.
Saya dah pernah cuba potty train 2-2 sekaligus. Kelam-kabut woo…elok bawa sorang ke toilet untuk buang air kecil, dia tak nak membuang, yang kat depan tv menjejes. Hahaha. Penat bagi saya dan give up selepas 3 hari train. Bila orang kata biasalah tu bila tanya dia tak nak pergi toilet, saya tak nak percaya. Lepas tu exhausted sendiri. haha.
Sebab tu bila tiba masa, saya train kakak dulu. Alhamdulillah ok sangat walaupun naik tren, jalan jauh. Terbabas sekali dua tu biasalah kan. Tapi lebih mudah. Kita concentrate kat sorang saja. Tak ada lah pening kejap sorang, lepas tu hantar lagi sorang ke toilet. Kan?
Lepas 2 minggu saya train si kakak, saya mulakan si anak kedua pula. Alhamdulillah, dia lagi senang. Mungkin sebab dia ni memang suka “nak lebih” dari kakak dia. Kononnya kakak dia boleh buat, dia boleh buat lagi bagus dari kakak dia. Huhu. Lucu pula ada anak macam ni. Hihi. Pening kadang-kadang tu tapi benefit kat saya juga sebab dia beritahu sendiri bila nak ke toilet. Tapi still, kita kena bawa juga ke toilet even dia tak offer.
Alhamdulillah, hampir 3 minggu cuba, 2-2 anak saya kini dah bebas dari pampers! Tapi masih kena tanya lah nak buang air ke tak sebab mereka dalam fasa bermain sampai tak ingat dunia. Kang dah rasa nak kencing sangat baru nak ke toilet.
Menjejes jugalah kadang-kadang tapi tak kerap. Alhamdulillah, dari kerap buang air besar dalam seluar, dah boleh request nak buang kat toilet. Lepas tu gelak tengok najis pelepup jatuh. Hahaha!
Memang memori betul ajar 2 orang anak potty train ni. InshaAllah akan diingati sampai bila-bila. Saya baru pass 2 orang anak perempuan. Ni ada sorang lagi anak lelaki baru berusia 14 bulan. Tak tahulah macam mana nak latih anak lelaki pula. Moga senang saja macam kakak dia.