Kali ni saya nak kongsikan Pengalaman Mendaki Gunung Hallasan Jeju Bersama Anak-anak Kecil. Gunung Hallasan ni adalah gunung tertinggi di Korea Selatan. Bekas gunung berapi yang memang jadi mercu tanda di sana dan hasil lava dia lah yang buatkan Pulau Jeju jadi banyak tarikan pelancong. Hehe.

 

Actually pada mulanya kami macam tak berapa nak plan pun panjat gunung ni. Sebab bawa anak-anak kan. Kejap masuk itineri kejap keluarkan balik. Tapi lepas dah dihasut oleh mentor kami yang pernah daki gunung tu bersama anak-anak beliau, nak ke nak berkira-kira lah masukkan dalam senarai.

Lepas tu, adik saya beriya pula nak panjat juga, lalu pada malam hari kedua, bersungguh adik dan kawan-kawan saya buat survey nak ikut trail yang mana. Saya dah tertidur dah masa tu. Hehe.

Baca juga : https://fatinmazelan.com/review-tempat-makan-halal-di-jeju-korea.html

Full itinerary :
https://fatinmazelan.com/pengalaman-bercuti-di-pulau-jeju-bersama-anak-kecil.html

Rupanya banyak laluan (trail) untuk naik ke puncak gunung dan lain laluan lain cabaran dia. Ada yang landai tapi jauh, ada yang pendek tapi curam. So, untuk korang yang nak pergi, pilih elok-elok ya.

Since kami ni tidaklah beriya dan macam rasa masa terhad dengan anak-anak (alasan. Hehe.) Jadi kami pilih trail yang paling pendek. Eoseungsaengak Trail. Puncak dia pun arah lain dari puncak utama. Biasalah atas gunung tu ada beberapa puncak kan. Ikut bacaan jarak dia hanya 1.3km dan ambil masa sejam untuk pergi balik.

Lalu pagi Rabu tu bersiaplah kami untuk panjat Hallasan ni. Bila tiba sana, tak nampak bayang Eoseungsaengak trail ni. Ikut agak-agak macam bercantum dengan Eorimok trail. So, dengan confident nya kami mendakilah Eorimok trail tu.

Bila sampai 1km, rasa macam penat sangat. Sebab trail dia macam tak sampai-sampai. Kata 1.3km dah nampak puncak, ni tak nampak-nampak. Ada peta tau tengah-tengah kaki bukit tu, bila cek, katanya 1.3km tu akan jumpa junction penghubung untuk naik puncak.

Tapi pasal saya dah tak larat, dengan kendong budak 10 bulan yang beratnya 9kg dan kasihankan anak yang 3 tahun tu kena jalan (mana mampu dik oi nak kendong dua-dua), jadi saya putuskan untuk turun balik. Cukuplah sampai 1km tu yang bagi saya achievement bagi kami anak-beranak.

Adik, 2 orang rakan dan anak rakan yang lain teruskan perjalanan. Yang lain turun. Hehe. Nak turun pun mencabar tau sebab walaupun laluan dia bertangga tapi tangga dia guna batu je. Risau tergelincir je.

Bila dah sampai bawah, saya dan anak-anak berehat kejap. Habiskan air, ke tandas untuk bersihkan anak-anak. Duduk kejap dalam kereta. Lepas tu merayau kawasan sekitar Hallasan National Visitor Centre.

Bila sampai kat sebelah dewan visitor centre, saya nampak macam ada 1 trail. Ada orang awam beberapa orang baru turun dari trail tu. Cari-cari nama dia rupanya! Itulah dia Eoseungsaengak trail tu! Hahaha! Tertipu kami semua. Tu lah confident tak nak tanya orang. Hahaha.

Lalu informlah kat dorang semua yang kita salah trail. Haha. Adik pun tunjuk dia dah sampai junction atas tu dan sedang dalam perjalanan turun dengan yang lain. Lalu berhuhu lah kami. Hahaha!

Actually untuk Euseungsaengak trail tu okay saja nak bawa anak-anak naik sebab tangga dia berbentuk kayu sampai ke atas. Mengikut kata foreigner yang kami tanya masa dia turun dari situ (kami pun foreigner. Haha.)

Dah kumpul semua, kami decide untuk solat dan makan tengah hari di pangkin tersedia di kawasan tu. Kalau musim sakura tu mesti cantik tapi kami pergi pada hujung spring. Daun pokok pun tak ada. Yang ada geng gagak hitam je.

Hati-hati ya kalau ada gagak ni. Dia bawa geng kumpul sekali untuk terkam ambil makanan. Dah lah suasana suram. Dah macam dalam filem cerita seram. Hahaha! Makan cepat-cepat lepas tu kemas terus sebab geng gagak hitam dah makin mendekat. Bila kami bangun je, dia pun lari. Sabar je lah. Haha.

Itulah dia Pengalaman Mendaki Gunung Hallasan Bersama Anak Kecil. Alhamdulillah memang pengalaman terbaiklah.