Assalammualaikum. Salam sejahtera. Apa khabar? Alhamdulillah saya sihat. Baru saja pulang dari bercuti. Ni nak kongsi Pengalaman Bercuti Ke Kundasang Dan Kota Kinabalu, Sabah Bersama Keluarga Suami ni.

Alhamdulillah, percutian yang sangat seronok. Penat sikit tu biasalah kan tapi moment tu yang kita nak sebenarnya. Banyak juga tempat yang saya sempat pergi sepanjang 4 hari 3 malam tu. Alhamdulillah, best juga rupanya Sabah ni. Heee.Oh ya, nak tahu ke apa vitamin yang sesuai untuk dibawa semasa sedang bercuti atau melancong? Bolehlah klik ke : Vitamin Untuk Bawa Pergi Bercuti – Set Travel Shaklee.

Actually dah beli tiket dari Jun 2016. Macam percutian ke Langkawi awal tahun 2016. Sudah plan dari Jun 2015. Hehe. Sebab AirAsia buat promosi tiket murah masa tu. Sengaja pilih tahun berikutnya dan waktu orang bekerja. So, tidaklah sesak sangat hari yang kami nak pergi tu. Dan kali ni saya invite keluarga mertua saya (belah suami) untuk join since belum pernah bercuti sefamili kan.

Kami bertolak dari KLIA2 jam 10.20 pagi hari Rabu dan tiba pada jam 12.30 tengah hari di KKIA. Terus bergerak menuju ke Kundasang. Since first time-r, ambil driver (supir) sekali. Dari KK nak ke Kundasang ambil masa dalam sejam lebih juga.

On the way ke Kundasang, berhenti sekejap ke Rumah Terbalik. Kat situ ada 3D Art Museum juga. Bayaran seperti dalam gambar.

10 minit saja dah habis round rumah terbalik tu. Huhu. Tak boleh tangkap gambar. Tapi sebab rumah terbalik pertama di Asia Tenggara jadinya masuk jugalah. Agak-agak nak skip pun ok saja bagi saya sebab di Menara KL, Port Dickson dan Melaka dah ada rumah terbalik juga kan. Boleh ambil gambar lagi. Hehe.

Boleh tangkap gambar kat luar sahaja

Then kami stop sekejap di jambatan Tamparuli. Ada sejarah rupanya jambatan tu. Ada korban nyawa masa nak siapkan jambatan tu. Anak gadis sunti pula tu. Huuu…dulu-dulu punya kepercayaan.

Sejarah jambatan Tamparuli. Nampak dak?

Lepas dah korban, baru jambatan tu siap sepenuhnya. Tapi dah tak digunakan sebagai laluan utama. Jadi tempat tarikan perlancongan saja.

Jambatan asal yang dah ditambahbaik

Kami tiba di Kundasang lebih kurang jam 6 petang. Sana awal sejam. Dah masuk maghrib dah masa tu. Kami stay di homestay Muhibah. Ada 4 bilik tidur, 2 bilik air. Yang penting ada shower heater. Tiada aircond atau kipas sebab cuaca sana sejuk.

Pemandangan terbaik gunung Kinabalu. Subhanallah, cantik sungguh. Terus aim nak panjat gunung pula satu hari nanti. Hehe. Dah settle posing dekat laman homestay, bersiap pula nak pi makan malam.

Jam 9 malam pekan Kundasang tu sunyi dah. Kedai makan pun banyak dah tutup. Makan kat mana dan saja. Nasib ada kedai yang belum tutup. Sana kena pilih juga restoran sebab masyarakat majmuk kan. Then dah makan, balik tidur. Kepenatan dari pagi berjalan.

Esoknya (Khamis), pagi-pagi cari sarapan. Semua makan nasi lemak, roti canai. Saya order roti boom. Rupanya dapat roti bomb! Ahahaha! Ah sudah. Hanya di Ranau, Sabah. Hihi. Sedap juga. Macam roti puri tapi bergula bak roti tisu. Dah lah 2 keping. Gigih jugalah nak habiskan. Rasakan! Hahaha.

Kami terus ke Sungai Luanti. Spa ikan. Geli weh! Yang ikan duk sedut tu rasa macam cubitan manja. Yang lalu lalang tepi-tepi kaki tu geli gila. Haha. Geli geli pun bertahan jugalah kat situ. Hehe. Then stop kejap di Poring Hot Spring (tiada gambar). Tapi tak mandi, berhenti depan saja. Sebab kejar masa.

Lepas tu ke Desa Cairy Farm. Terus aim beli aiskrim. Perasa coklat sedap. Vanilla rasa yogurt. Datang jam 2 lebih, sempat beli makan sajalah. Tahu-tahu lepas settlekan Adam membuang, timing nak perah susu pula. Excited lah tengok. Kasihan pun ada. Ada lembu yang dah bengkak susu. Biasalah, ibu menyusu saja faham. Hehe.

Then, kami keluar dari tempat tu untuk bagi anak lembu dan kambing makan dan minum susu. Ambil gambar view gunung Kinabalu yang tampak lebih dekat dan kami balik ke homestay kemas barang untuk check out.

Semua tahan panas matahari direct. Huhu.
Petang kabus banyak

Terus bergerak ke Kota Kinabalu dan tiba jam 7 malam. Kat sini di Marina Court Resort berdepan Oceanus Mall. Rupanya KK ni bandar besar juga. Banyak gila mall. Patutlah orang Sabah relax saja tak heran pun datang semenanjung. Hihi. Gempak weh. Malam tu makan kat apartment saja. Penat. Huhu.

Baca : Sambungan Pengalaman Bercuti di Sabah

Ok, sampai sini dulu. Sambung ke next post ya sebab teruja benor nak cerita semuanya. Hahaha. Panjang-panjang nanti penat nak baca pula. Layan dulu gambar yang ada ok. Hee.

Cari Pengedar Shaklee? >>> Pengedar Shaklee Malaysia
.
.
Nak Daftar Jadi Ahli? >>> Borang Daftar Ahli Shaklee Online