Pengalaman Bercuti Di Pulau Jeju Bersama Anak Kecil ini pengalaman yang tak boleh dilupakan pasal saya berjaya travel luar dari Asia Tenggara bawa separuh anak (2 dari 4 anak. Hehe.) Memang impian saya nak bawa anak-anak travel tengok dunia. supaya mereka tahu dunia ni besar rupanya.

Okaylah sebelum melalut lagi panjang, saya kongsikan terus itineri sepanjang 9 hari di Jeju bersama kawan-kawan TRIAngels menggunakan hasil bonus Shaklee. Kami pergi seramai 6 dewasa dan 5 kanak-kanak (3 keluarga).

Pengalaman Bercuti Di Pulau Jeju Bersama Anak Kecil

Hari 1 (22 Apr 2019)

Flight ke Jeju hanya ada sekali saja sehari. So memang kena pergi 6.50 pagi. Dah pula tu tak boleh web check-in. Jadinya bergeraklah saya 3 beranak ke KLIA2 jam 2 pagi. Huhu. Sampai dalam sejam, lepak kejap lepas 30 minit beratur check-in. Alhamdulillah semua berjalan lancar, kami sampai di Jeju International Airport jam 1.40 petang waktu Korea (awal sejam).

Pengalaman Bercuti Ke Jeju Bersama Anak Kecil

Imegresen kat sana dan claim beg laju juga tapi sebab sekali sampai 3-4 flight, jadi kena beratur dan tunggu beg tu lama sikit. Jadi, bertabahlah ya kat situ. Hehe.

Keluar dari airport terus ke Tasio Rent-A-Car. Hari tu ada buat survey 2-3 company, Tasio bagi harga lebih murah. Urusan booking melalui emel sebulan sebelum pergi. Kami decide ambil kereta masing-masing untuk setiap family. saya ambil kereta Kia K3 untuk 9 hari termasuk car seat untuk 2 hari.

Lepas ambil kereta kami terus ke Mysterious Road. Jalan ni sebenarnya nampak seperti jalan menaiki bukit tapi sebenarnya jalan tu jalan menuruni bukit. Pendek je jalan dia. Boleh cuba dengan matikan enjin, gear kat Neutral dan jangan tarik hand break. Memang kereta akan bergerak sendiri.

Lepas tu kami terus ke airbnb di area Seogwipo. Sejam juga perjalanan nak sampai. Kat sini kami stay selama 5 hari . Airbnb ni sebelah balai polis Seogwipo. Cantik sangat interior rumah dia. Lebih kurang 10 minit dari Jeju World Cup Stadium.

Letak barang kat rumah, kami ke e-Mart untuk beli barang dapur sikit dan banana uyu yang famous tu. Then balik, kami dinner instant meal Sharifah Nasi Beriani Daging sebab dah lewat sangat nak masak.

Untuk permudahkan korang, ni saya terus bagi je nombor telefon untuk dimasukkan dalam GPS :

  • Mysterious Road = 7126988
  • eMart @ sebelah Jeju World Cup Stadium = 7971234

Total kos Hari-1 :

  • Sewa kereta 9 hari = 320,000 won
  • Car seat 2 hari = 12,000 won
  • Banana uyu 6 botol @ eMart = 6,000 won

Hari 2 (23 Apr 2019)

Pagi ni hujan lebat. Memang ada dalam forecast dia pun so dah expected lah juga. Hehe. Forecast boleh tengok kat website visitjeju tu. Plan asal sebenarnya nak ikut geng kak Edza ke Automobile Museum tapi sebab hujan lebat, parking dia agak jauh nak ke pintu masuk, jadi tersadai kejap dalam kereta. Terus terfikir nak ke Teddy Bear Museum (TBM). Search dan terus gerak ke sana.

Nasib baik parking lot dengan pintu masuk tak berapa jauh dan hujan dah nak berhenti masa ni. Jadi, lari sikit nak masuk TBM. Hehe. Alhamdulillah keputusan untuk ke TBM adalah tepat bila masuk je anak meluru sambil menjerit “teddy bear!”. Siap peluk-peluk, Hehe. Besar juga muzium ni. Ada show Elvis bear untuk setiap 15 minit.

Next saya ke Yellow Cafe. Kafe ni terletak dekat dengan TBM juga. Sebelah TBM ada K-Pop Museum, depan K-Pop ada KFC, bawah KFC tu lah Yellow Café. Kat situ saya cuba Cafe Latte with Banana Flavored Milk. Sedap juga.

Lepas tu terus ke airport sebab nak pick up adik, dia datang lewat sehari. Sejam juga ikut highway. Lepas pick up dia, kami singgah ke Tasio kejap untuk update second driver dan pulangkan car seat.

Then terus ke Innesfree untuk jumpa balik dengan kawan-kawan lain. Innesfree ni terletak kat sebelah Osolluc Green Tea. Akan Nampak Osulloc dulu sebab bangunan Innesfree terkebelakang sikit. Sampai-sampai, cafe dah nak tutup jadi order je hallabong tea, grapefruit juice & hallasan volcanic cake.

Lepas tu kami terus ke Seogwipo Olleh Market  untuk beli seafood dan ikan kat situ. Kat sana ada nampak octopus pancake jadi try juga rasa. Macam waffle kosong je rasa dia tapi ada cheese sedap. Besar gila pasar ni. Tak round sangat sebab nak çepat balik nak masak tomyam.

Jadi, dinner kami malam ni nasi putih + tomyam dan telur dadar. Masak dari hati masak with iman. Hehe.

Nombor telefon untuk GPS :

  • Teddy bear Museum = 7387600
  • Yellow Cafe = 7391140
  • Osulloc Tea Museum = 7945312
  • Innesfree Jeju House = 7945351

Total kos Hari-2:

  • Tiket masuk TBM = 13,000 won + 8,000 won = 21,000 won
  • Café latte @ Yellow Café = 4,800 won
  • Makan @ Innesfree = 23,500 won
  • Octopus pancake @ Olleh Market = 2,000 won

Hari 3 (24 Apr 2019)

Pagi ni still hujan tapi tak selebat semalam. Apapun program harus diteruskan ke Cheonjeyeon Falls. Taman ni besar sangat tapi satu masalah dia nak ke air terjun tu kena naik turun tangga. Kat sini ada 3 jenis air terjun dan jambatan 7 puteri macam lagenda kita juga. Hehe. Kami ke air terjun no.2 dan no.3  saja kemudian ke jambatan Seognimyo (7 nymphs).

Lepas tu kami ke Jusangjoellidae Cliff. Apa yang best kat sini? Cliff ni adalah batu-batu bentuk heksagon yang terjadi dari larva secara semulajadi kat tepi laut. Banyak dan cantik tersusun. Indah sangat ciptaan Allah boleh jadi macam tu.

Settle kat situ, kami decide nak ke Camellia Hills sebab dengar khabar bunga Hydrangea dah ada. Alhamdulillah memang ada! Tapi tak semeriah musim bunga. Kalau musim dia, mesti lagi banyak dan cantik-cantik. Kami lunch kat pondok dalam kawasan taman tu.

Dah terkhayal kat situ, kami terus berkejaran ke Sangbasan Mountain sebab nak pergi ke Yeongmori Coast. Tapi hajat tak kesampaian sebab tutup awal akibat cuaca. Coast ni yang kita boleh lalu kat tebing batu tepi laut waktu air surut tu.

Jadi, ada masa lebih, kami repeat ke Yellow Cafe pasal semalam saya dan kak Edza je ke sana.

Nombor telefon untuk GPS :

  • Cheonjeyeon Falls = 7381529
  • Jusangjoellidae Cliff = 7381532
  • Camelia Hills = 7920088
  • Yeongmori Coast = 7942940

Total kos hari-3 :

  • Tiket masuk Cheonjeyeon Falls = 2,500 won seorang (parking free)
  • Tiket masuk Jusangjoellidae Cliff = 2,000 won seorang
  • Parking Jusangjoellidae = 1,000 won per kereta
  • Tiket masuk Camelia Hill = 8,000 won sorang (parking free)

Hari 4 (25 Apr 2019)

Since hari ni cerah, kami decide nak panjat Hallasan! Hehe. Saya tidur awal malam tu sebab penat sangat sambil layan 2 orang anak kan. Hehe. Rupanya gigih yang lain explore nak naik dari trail mana. Ya, nak panjat Hallasan tu ada beberapa jenis trail. Ikut tahap kesukaran dia. Ada 1 trail palin pendek iaitu Seosanguep trail.

Pagi tu kami masak bihun goreng, sandwich telur dan instant meal untuk breakfast sekali dengan lunch. Then kami bergerak ke Hallasan National Park Centre. Dah sampai tu, kami tuju terus ke Eorimok trail sebab katanya bersambung dengan trail yang kami nak pergi ni. Dah panjat sampai 1.1km, saya berhenti dengan anak-anak. Penat! Adam kesianlah nak kena dukung lagi. Jadi, saya decide turun dulu dengan team kak Erni. Team kak Edza, adik saya & anak sulung kak Erni teruskan sampai atas sikit, ada deck rehat.

Dah sampai parking lot, jalanlah kejap nak tengok kawasan. Jalan punya jalan rupanya baru tahu kami salah trail! Hahaha. Trail yang kami nak pergi tu belah lagi 1 di kawasan yang sama. Patutlah tak nampak-nampak puncaknya. Hahaha!

Sambil-sambil ambil info untuk elakkan orang lain kena macam kami dan tunggu team yang panjat tu turun, kami cari tempat nak solat dulu. Bila semua dah turun kami lepak kat park dia dan  lunch kat situ. Tapi kena hati-hati kat situ sebab ada geng gagak hitam. Bagi makan kat seekor, yang lain datang rapat. Dah macam filem seram. Huhu. Tutup makanan, diaekor terus pergi tempat lain.

Lepas settle mendaki menyakitkan kaki sendiri, kami shoot ke Jeongbang falls. Air terjun yang terus mengalir ke laut. Sinilah yang Mira Filzah & Remy Ishak pergi shooting tu. Kat sini pun kena turun tangga dan lalu batu-batu kalau nak ambil gambar dekat. Hati-hati sikitlah kalau bawa anak kecil tau.

Dah habis aktiviti penting, kami decide nak makan kat restoran. Kat area Seogwipo ada 2 je restoran muslim friendly. 1 buffet kat hotel, 1 restoran Chumsimine House. Restoran ni berkonsep fine dining siap ada chef layan. Ni portion untuk 2 orang. Hahaha. Banyak gila. Memang kekenyangan balik tu.

Nombor telefon untuk GPS :

  • Hallasan – Eorimok / Eoseungsaengak Trail = 7479950
  • Jeongbang Falls = 7331530
  • Oedolgae = 7603031
  • Chumsimine House = 7944010

Total kos hari ke-4

  • Tiket parking Hallasan = 1,800 won
  • Tiket masuk Jeongbang falls = 2,000 won
  • Makan = 66,000 won

Hari 5 (26 Apr 2019)

Hari ni kami check-out airbnb di Seogwipo sebab itineri hari ni dan esok semua kat area Seongsan, Jeju-do. Lepas check out pepagi kami terus shoot ke Jeju Folk Village Museum. Dalam sejam lebih juga perjalanan. Disebabkan hari Jumaat, ootd kami hari ni pakai baju kurung! Hehe.

Jeju Folk Village ni pun besar sangat. Ada lebih 20 checkpoint. Kalau siapa pernah pergi Santubong Cultural Village, Sarawak atau Mari Mari Cultural Village kat Sabah, lebih kurang macam tu lah tapi ni lagi besar. Ada tram disediakan untuk setiap 30 minit round 1 taman tu. Disebabkan waktu sampai tu tram baru je berlalu pergi, jadi kami bersiar-siar dengan berjalan kaki.

Kat dalam ni dia tunjuk rumah-rumah peladang, pekebun, penternak dan juga rumah-rumah ketua kampong. Basically sama saja design rumah tapi kawasan rumah tu menunjukkan tangga pangkat masing-masing. Dalam tu juga ada pertunjukkan tarian tradisional yang selalu dimainkan oleh penduduk kampong. Kalau kena musim, boleh petik buah limau kat situ.

Kami decide nak pakai hanbok kat sini disebabkan harga dia lebih murah dari kat tempat lain. Kawasan nak shooting pun cantik kan. So, peluang tak dilepaskan! Hehe. Kami lunch kat pondok yang ada dalam ni. (Dengar kata Seongsan Folk Village masuk percuma dan memang rumah-rumah penduduk tempatan kat situ. Kami tak ke sana pula untuk tengok.)

Disebabkan terleka lama dalam Jeju Folk Village Museum tu, kami rushing ke Gasiri Canola Flower Plaza sebab forecast kata hujan di petang hari. Sampai-sampai sana hujan sikitlah. Gerimis je lepas tu stop. Sempatlah bergambar berlatarbelakangkan bunga canola & kincir angin Jeju tu. Kemudian kami terus ke airbnb kedua di Seongsan.

Airbnb ni rupanya dalam kawasan kampung. Sunyi gila. Memang pedalaman betul. Kami berkongsi rumah dengan tuan rumah. Kami kat tingkat atas, dia kat tingkat bawah. Ada 3 bilik semuanya. Kalau nak cuba suasana kampung bolehlah book situ. Cuma kena hati-hati sebab banyak sourvenior dia kat ruang tamu. Ada anak kecil kena jaga lebih sikitlah. Hehe.

Nombor telefon untuk GPS :

  • Jeju Folk Village Museum = 7874501
  • Gasiri Canola Flower = 7877012

Total kos hari-4:

  • Tiket masuk Jeju Folk Village = 11,000 (dewasa) + 9,000 won (kanak-kanak) – parking free
  • Hanbok = 20,000 won unlimited hour

Hari 6 (27 Apr 2019)

Plan hari ni separuh hari di Pulau Udo. Sebelum bergerak ke sana, adik saya dan kak Edza serta suami dia ke Seongsan Ilchulbong Peak untuk tengok matahari terbit. Tapi bertolaknya pun dah lambat, sampai-sampai matahari dah mula terbit pun. Haha. Ilchulbong Peak tu tinggi tau. Rasanya 2 kali ganda naik Batu Caves tu sebab sampai ke puncak.

Then kami meet up kat terminal feri untuk ke Pulau Udo. Masa daftar kena isi 2 kali borang tau untuk tiket pergi dan balik. Jangan lupa bawa passport. Nak pergi Udo boleh bawa kereta juga. Harga berbeza saja. Dalam feri sangat relaks sebab ada tempat untuk berehat. Ada open air, ada dalam bilik boleh baring-baring. Ada toilet juga dalam tu. Perjalanan nak ke Udo hanya ambil masa 10 minit saja.

Sampai Pulau Udo, teruja gila tengok motor dia. Yang macam bentuk smart car tu tapi motor. Boleh naik 2 orang je. Disebabkan kami ramai, ada anak kecil lagi, so naik bas je lah. Bas ni bas hop on hop off boleh naik turun banyak kali. Sekali bayar je. So boleh round 1 pulau seharian naik bas. Tapi naik bas pun tak turun banyak tempat sebab malas nak angkut naik turun stroller. Haha. Jadi turun kat main attraction dia Seomori Oreum (Udobong Peak). Kat sini pun bentuk bukit dari larva hasil hakisan air laut.

Kat Udo ni yang famous kena cuba adalah aiskrim kacang tanah dia. Sedap gila! Selain tu ada aiskrim limau tangerine tu dan aiskrim mangga. Memang tempat sesuai nak dating lah sebab orang Korea ramai dating kat sini. Hehe.

Lepas dah berjalan separuh hari, ingat nak kejar ke diver show tu tapi persembahan dibatalkan atas sebab cuaca. Jadi, kami ke Seopjikoji terus. Seopjikoji pun tebing macam kat Udo tu tapi ada rumah gula-gula dan rumah api kat puncak dia. Kena berjalan jauh sikitlah. Tapi sebab saya penat nak kendong, jadi saya berlegar-legar kat bawah saja sambil makan octopus pancake, jagung dan sotong bakar. Sedap sangat.

Kemudian, kami patah balik kea rah Seongsan Ilchulbong bukan untuk panjat lagi tapi untuk shopping kat Nature Republic yang terletak kat pintu masuk bukit tu. Hehe. Ada sale 50%! Memang tak keruanlah nak beli macam-macam. Siapa ada kredit kad tu memang seronoklah gesel. Kena bawa passport tau.

Shopping punya shopping lepas tu konon nak makan kat Uribong Sikdang, dah close order pula. Merabanlah bincang depan kedai nak makan apa. Decide punya decide weols makan spageti aglio olio sajalah. Sebab sashimi ada lebih, kita gorengkan je. Chef adik beraksi!

Nombor telefon untuk GPS :

  • Seongsan Ilchulbong = 7103312
  • Ferry terminal = 7825671
  • Seopjikoji = 7820080

Total kos hari 6:

  • Feri = 19,000 won untuk 2 dewasa + 1 kanak-kanak
  • Parking di jeti = 8,000 won
  • Aiskrim peanut = 5,000 won
  • Sashimi = 30,000 won
  • Octopus pancake = 3,000 won
  • Jagung = 2,000 won

Shopping di Nature Republic jangan ditanya. Haha

Hari 7 (28 Apr 2019)

Hari ni kami check out dari airbnb di Seongsan untuk menuju me Jeju City pula. Jadi plan hari ni kami ke Ecoland Theme Park, Kimnyoung Maze Park, Manjanggul Cave dan Woljeong-ri Beach baru ke Jeju City.

Ecoland Theme Park ni actually taman-taman yang kena naik keretapi untuk ke setiap 5 stesen. Best sangat untuk bawa anak-anak. 5 stesen tu termasuk dengan pintu masuk/keluar, Eco Bridge, Eco Garden, Picnic Garden dan Rose & Lavender Garden. Kami pergi semua kecuali yang last tu, rose garden sebab memang niat nak entertain anak kan. Kat situ boleh rendam kaki dalam kolam ikan tu. Terapi untuk orang dewasa.

Lepas tu kami ke Kimnyoung Maze Park, main pagar sesatlah apa lagi. Hehe. Ni pun best sangat interior dia cantik sangat. Waktu kami sampai tu gerimis sikit so kena pakai baju hujan gak but the activity went smooth. Adam suka gilalah kat depan tu ada playground untuk dia. Sampai masuk maze pun nak cepat-cepat keluar sebab nak pergi main. Hahaha. Nasib baik tak sesat sangat.

Kami makan dan saya solat je kat situ sebab lepas tu nak ke Manjanggul Cave. Hujan lebat masa sampai walhal 500 meter je dari maze park tu. Anak-anak pun tidur, jadi saya tak join. Adik yang masuk. Kemudisn kami lalu ke pantai Woljeong-ri Beach sebelum bertolak ke Jeju City. Hujan kat pantai tu tapi sempat ambil gambar. Cantik gila!

On the way nak ke Jeju City tu bincang-bincang nak makan kat Daewonga, restoran seafood muslim friendly. Bawa laju tak laju lah sebab takut dah tutup. Hehe. Alhamdulillah sampai dan happy dapat makan abalone. Metiah isi dia! Padahal kat Malaysia mahal tu. Haha.

Then terus check-in. Homestay kali ni sebelah laut je. Kat pantai Naedo. Memang dekat dengan airport, tiap 30 minit nampak kapal terbang lalu dari tingkap dapur. Sebelum check in, pergi e-Mart dulu topup susu pisang & biskut Binch. Hehe. Emart sini besar gila macam AEON.

Nombor telefon untuk GPS:

  • Ecoland Theme Park = 8028020
  • Kimnyoung Maze Park = 7829266
  • Manjanggul Cave = 7107903
  • Woljeong-ri Beach = 7283394
  • Daewonga Restorant = 7533030

Total kos hari 7:

  • Tiket masuk Ecoland = 14,000 won (dewasa) + 10,000 won (kanak-kanak)
  • Tiket masuk Maze park = 3,300 won (dewasa) + 1,100 won (kanak-kanak)
  • Tiket masuk Manjanggul cave = 2,000 won (dewasa) + 1,000 won (kanak-kanak)
  • Makan @ Daewonga = 55,000kw

Hari 8 (29 Apr 2019)

Alhamdulillah semua yang kami plan dan beberapa tempat unplanned pun nak pergi tapi ter-pergi (hehe) dah pun tercapai. Jadi, hari ni kira hari leisure lah nak buat apa-apa pun. Since rasa macam tak cukup aktiviti untuk anak-anak, ya lah budak-budak manalah faham hiking-hiking ni kan, jadi kami decide nak ke The Morning Smile Farm – ladang lembu hitam putih.

Dan oleh kerana kami duduk berdekatan dengan Iho Taewo Beach, kami singgah situ dulu untuk mengambil gambar bersama rumah api yang popular kat Jeju – Red & White Horse Light Houses. Angin kuat sangat masa ni, jadi ambil-ambil gambar terus masuk kereta dan shoot ke ladang lembu. Ladang ni lebih kurang macam Desa Cattle Farm kat Kundasang tu.

Apa yang best kat situ? Boleh bagi anak lembu minum susu sendiri. Dan mereka ada sediakan kelas untuk buat keju dan aiskrim tapi based on appointment saja.

Dah settle kat sini, saya dan adik decide nak ke Innesfree balik untuk aktiviti sabun organik. Haa sebagai kakak yang baik, layankanlah. Hahaha. Geng yang lain terus pergi tempat shopping kat Dongmun Market dan Daiso.

Dah settle buat sabun, kira macam dah lewat jugalah, kami decide nak ke Bomnal Café & Aewol Monsant Café terus. Waktu tu hujan tapi gigih juga pergi pasal café famous. Hehe. Lepas tu kami singgah ke e-Mart untuk beli barang untuk bawa balik ke Malaysia. Kan ada tinggalkan 2 orang anak. Haruslah belikan something kan. Hehe.

Nombor telefon untuk GPS :

  • The Morning Smile Farm = 7272545
  • Bomnal Cafe = 7994999
  • Aewol Monsant Cafe = 7998900
  • eMart Jeju City = 7981234

Total kos hari 8 :

  • Bagi minum susu = 3,000 won
  • Aiskrim & susu yogurt =
  • Buat sabun = 15,000 won
  • Fridge magnet = 10,000 won untuk 4 biji

Hari 9 (30 Apr 2019)

Pagi ni tak ada aktiviti, jadi saya dan adik decide untuk santai-santai saja sambil kemas barang. Check out airbnb jam 10.30, terus ke Tasio Rental Car untuk pulangkan kereta dan naik shuttle untuk ke airport. Jadi sampai airport awal lah dalam jam 12 macam tu. Kena beratur kan sebab tak boleh web check-in. Settle semua, masuk dalam dan tunggu flight jam 3 petang. Alhamdulillah jam 8 malam kami sampai di KLIA2. Memang Pengalaman Bercuti Di Pulau Jeju Bersama Anak Kecil ni tak dapat dilupakan. Jeju, I miss you! Huhu. Doakan saya boleh bawa kesemua anak-anak pula untuk next trip ya.

Tasio Rental = 7440900