Ini Pengalaman Bercuti Di Homestay Haji Dorani saya bersama keluarga. Bila ada peluang untuk kenalkan anak-anak dengan aktiviti-aktiviti yang boleh dibuat zaman kita kecil-kecil dulu, seronok kan?

Itulah yang saya gigih ajak anak-anak libatkan diri dalam aktiviti di kampung masa join trip kawan saya ke homestay di Kampung Haji Dorani, Kuala Selangor.

Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan dan semoga anak-anak juga ingat sampai bila-bila pengalaman mereka masuk selut, mandi palong semua tu. (Ingatlah kot sebab duk sebut nak tidur hotel kampung atok tu. Hahaha.)

Kami pergi masa minggu pertama lepas sekolah buka pada 5 Januari 2019, Sabtu. Bertolak dalam jam 8 pagi sebab trip mula dalam jam 10 pagi. Gigih kan drive. Hahaha. Semata nak bagi anak rasa. Bila lagi ya dak?

So saya pergi dengan 4 orang anak termasuk emak saya (lepas kena pujuk untuk temankan sekali. Hehe.) Alhamdulillah sampai tepat pada waktu. Sarapan disediakan kat sana.

Aktiviti pertama kami adalah ke IKS buat nata de coco tu. Sedap! Budak-budak sukalah kan. Sebelah kilang dia ada kilang proses minyak kelapa dara. Kat sini anak-anak ditunjukkan cara-cara nak buat nata de coco dan minyak kelapa dara tu. Haruslah dapat seorang free secawan. Gembira semua. Hehe.

Lepas tu kami ke kilang kerepek. Actually kilang ni kat sebelah rumah owner homestay je. Banyak homestay yang ada kedai kerepek sendiri. Jadi, jangan kecewa pula kalau tak sama. Hehe. Alhamdulillah kerepek yang kami beli ni sedap! Mungkin sebab dah kenduri sampel kerepek sebelum beli. Hahaha.

Lepas settle tu, kami balik ke dewan waktu sampai tadi untuk aktiviti canting batik. Warnakan saja. Ada demo diberikan oleh pihak pengusaha batik sebelum kami buat sendiri. Since ini aktiviti untuk anak-anak, merekalah yang gembira nak buat. Boleh tengok hasil masing-masing kat bawah ni.

Lepas berbatik, kita makan tengahari dulu! Then ada aktiviti tumbuk dan tampi padi. Aktiviti kira rare lah untuk budak-budak gen Z ni kan. Mana nak nampak padi kat KL dah. Semua pun excited nak buat siap anak saya ni merengek nak buat juga tapi ramai sangat tunggu giliran. Hehe. Akhirnya dapat juga turn dia.

Lepas tu kami bersiap nak ke tepi bendang sawah. Nak main layang-layang! Tapi angin kejap ada kejap tak ada. Tak naik tinggi sangatlah. Geram lagi anakku layang-layang dia tak naik. “Tak apa lah nak, nanti main lagi ya.”

Dah puas naikkan layang-layang tapi tak naik-naik, kita tukar aktiviti lain pula. Aktiviti masuk selut! Ada 30 ekor ikan keli dalam selut yang dah dibuang sengat siap-siap. Kena tangkap pakai tangan tau! Siapa dapat, ikan tu dia boleh bawa balik. Dah masuk pakej. Saya masuk je. Tangkap tak mahu. Geli sebab dia licin. Hahaha. Puas hati anak-anak dapat masuk selut first time ever!

Dah seronok bergelumang dalam selut, kami diajak untuk mandi di palong pula. Mandi air parit daaaa…tapi air parit bersih dah siap-siap buat terusan. Mandi bersihkan lumpur tu, tak ada lah kotor tandas nanti. Panas airnya sebab tengah hari tu panas melenting. Tapi budak-budak seronok saja. Main air siapa tak seronok kan? Hehe. Dah puas hati mandi kat situ, semua balik ke dewan untuk bersihkan diri. Solat, minum petang semua.

Habislah aktiviti kami satu hari tu. Masing-masing berangkat pulang ke tempat masing-masing tapi saya dan keluarga ambil keputusan nak stay sana 1 malam. Alang-alang dah sampai kan. Malam tu nak pergi tengok kelip-kelip sebenarnya. Hehe.

Homestay kami kat depan rumah owner saja. Haha. Ada 3 saiz : yang besar ada 2 bilik boleh muat 6-8 orang, yang sederhana muat untuk 4-5 orang, yang kecil muat 2-3 orang. Owner kata ada sekali hari tu datang rombongan dari Singapura 40 orang, orang Singapura tu sumbat je 1 rumah tu 20 orang. Muat! Huhu.

Okay, dah sampai homestay, selesai solat maghrib, kami siap nak ke jeti. Oh ya, famili abang sulung saya pun ikut serta tidur 1 chalet kami. Kira 6 orang dewasa, 4 kanak-kanak duduk 1 rumah. Hehe. Ini atas budi bicara owner ya. Tanya dia dulu.

Jauh juga nak ke jeti tengok kelip-kelip tu, dah lah gelap sebab masih under construction lagi sebenarnya. Tapi boleh je guna cuma kena beritahu awal untuk tempah. 1 bot boleh muat 8 orang dewasa.

Subhanallah indah sungguh ciptaan Allah. Macam pokok krismas dah tengok. Banyak pula tu! Tapi sayang, tak boleh ambil gambar guna telefon. Hanya boleh guna kamera canggih dslr saja. Owner bot beritahu dah siap-siap tak nampak punya. Jadi, kami nikmati saja keindahan itu di situ. Siap boleh bezakan mana kelip-kelip jantan, mana yang betina. Jantan punya kerlipan lebih malap dari betina.

Selesai tengok kelip-kelip, kami makan di tepi laut. Jauh juga mencari sebab tak tahu nak makan kat mana mulanya. Hehe. Tak ada gambar sebab bateri phone dah habis masa ni dan dah ngantuk sangat sebab seharian beraktiviti kan. Balik dari restoran tu memang terus tidur.

Esok pagi bangun nak cari sarapan pun tak tahu kat mana. Haha. Jalan je cari. Nasib baik jumpa. Siap-siap kemas untuk balik ke KL. Masa dalam perjalanan balik, kami singgah di kedai mee udang yang popular tu . Makan tengah hari di situ. Sedap juga. Mungkin sebab lapar. Haha. Then terus balik ke rumah.

Fuhhh…penat memang penat. Balik tu masing-masing sakit perut cirit-birit lah, demamlah. Hahaha. Penat semua. Dah lah baru seminggu buka sekolah. Tapi pengalaman tu memang sangat berbaloi lah. Sampai sekarang anak-anak sebut nak tidur hotel rumah atok (owner chalet) tu. Hahaha.

Berminat nak cuba pengalaman kampung tour ni? Boleh hubungi terus Encik Din ni ya.