Pengalaman Bercuti Ke Ho Chi Minh, Vietnam Bersama Anak Kecil ini saya kongsikan buat inspirasi kepada yang ingin bawa anak-anak yang masih kecil travel ke luar negara. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun saya sedang mengandung ketika itu.

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Alkisahnya saya memang plan untuk bawa anak-anak travel apabila tiba bulan kelahiran 2 orang anak perempuan saya iaitu bulan Mac. Dekat-dekat tarikhnya. Seorang 5 hari bulan, seorang 9 hari bulan. Hehe. Jadi, senanglah nak plan buat apa-apa pun.

Bila tahu mak mertua saya nak ke Ho Chi Minh (beliau jadi agen travel) saya cubalah merisik untuk join sekali. Since mak mertua kan, bolehlah rancang perjalanan sendiri juga. Hehe. Jadi, mencarilah saya tiket di Air Asia. Geng mak mertua naik Malaysia Airlines.

Cari punya cari dapatlah tiket yang lebih kurang waktu sampai flight MAS tu. Jadi, senanglah sekali jalan dari airport ke bilik hotel. Saya bawa 3 orang anak bersama mak saya. Jadi 5 oranglah. Anak saya berumur 3, 5 dan 6 tahun dan saya sedang hamil 28-29 minggu macam tu.

Nota : walaupun AA membenarkan ibu hamil yang usia kandungannya 32 minggu ke bawah, sila bawa juga surat kebenaran oleh pegawai perubatan atau doktor klinik swasta untuk mengesahkan yang kita boleh travel.

Sebab masa perjalanan pergi mereka tak tanya, masa perjalanan pulang tu pihak AA di Saigon Airport, Vietnam tanya tentang surat tersebut. So, kita play safe lah ya. Hehe.

Pada 18 Mac 2018, bertolaklah kami dari rumah menaiki ERL (kereta api laju terus ke KLIA2. Kebetulan waktu tu ada promosi cuti sekolah. Kanak-kanak boleh naik secara percuma dan boleh bawa seorang orang dewasa juga secara percuma. Hehe. Untunglah kami merasa buat kali pertama naik ERL. Dapat naik free pergi balik pula tu.

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Tengah tunggu ERL sampai.

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Disebabkan full house, jadi kami tersadai di depan pintu tren. Hehe. Nasib baik 30 minit saja.

Dah sampai KLIA2, terus print tiket kat sana, terus check-in beg, jumpa kawan mak mertua yang ikut kami sekali naik AA, dan terus masuk dalam. Biasalah jauh kan dia punya pintu. Harus masuk awal. Buggy tak selalu ada. Jadi kena menapaklah kan. Hehe. Alhamdulillah saya okay saja.

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh
Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Kami tiba di Saigon airport pada jam lebih kurang 4 petang. Masa kat imegresen, terkejut badak kami! Dah jadi lautan manusia. Semua barisan panjang gila. Lupa masa tu cuti sekolah. Hahaha. Mendapatlah beratur. Tapi disebabkan anak saya meragam kepanasan sikit, staf airport tu dengan muka mencuka bagi laluan kami kat kaunter VIP. Hehe. Jadi, lepas cepatlah. Dan dan kan anak saya tu diam lepas melepasi kaunter imegresen tu. Hahaha. Propa sangat kau nak!

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Dah sampai Saigon Airport!

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Lautan manusia beratur di imegresen airport

Sambil-sambil ambil beg, sambil tunggu team naik MAS sampai. Berlegarlah kami di dalam airport. Disebabkan makanan yang tak halal dijual, sila bertabah ya dengan anak kecil. Kalau boleh invest sikitlah beli makanan dalam flight 1, bawa turun masuk dalam beg. So, kalau kena menunggu ke apa ke at least boleh suap anak makan.

Bila semua dah berkumpul, terus naik van untuk check-in hotel. Kami tinggal di Hotel K Central selama 4 hari. Hotel ni berdepan dengan Ben Thanh Market saja. Boleh jalan kaki. Lintas jalan saja. Kat sini pun banyak restoran-restoran halal. Dan of course yang paling popular sekali Malaysian Street.

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Kumpul-kumpul tunggu van

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Person in charge yang tolong ambilkan kami. Bukan tour guide kami ni. Huhu.

Malam lepas rehatkan badan sekejap, mandi-mandi, kami turun pi makan kat belakang hotel tu saja. Nama restoran tu Restoran D’Serai Classic. Lepas makan terus pergi jalan-jalan ke Malaysian Street tu. Peh! Macam kat Jalan TAR dah. Penuh lautan manusia. 80% orang Malaysia. Hahaha.

Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh
Pengalaman Bercuti Di Ho Chi Minh

Situ lah jual semua. Tudung yang popular tu, kain lace, telekung, kain cotton, siap ada kedai tukang jahit boleh siap dalam masa sehari! Tapi orang kata situ mahal sikit almaklum tempat tumpuan. Kat situ juga sepanjang jalan ada restoran halal, hotel-hotel dan travel agency untuk ambil pakej ke tempat lain macam ke Sungai Mekong dan Cu Chi Tunnel. Boleh survey kat situ.

Macam kami pergi dengan travel agency Al-Amin, owner dia yang orang kata “Fattah Amin” versi Vietnam. Boleh cakap melayu punya. Hehe. Dah masuk Islam pun dia. Pakej kami ambil yang siap ke Sungai Mekong dan Cu Chi Tunnel tu. Boleh baca di entri seterusnya:

Berminat nak join trip percutian ke Ho Chi Minh City menggunakan travel agent? Boleh hubungi Puan Hadariah untuk maklumat lanjut, klik : 012 226 3442.