Pengalaman Bercuti Di Bangkok Tajaan Bisnes Online Shaklee Part 2 untuk hari kedua kami ke Grand Palace dan pasar Chatucak. Nak tahu apa yang specialnya trip bersama Shaklee? Jom baca lebih lanjut.
Sebelum kita go through hari kedua percutian kami, jemput baca :
- Pengalaman Bercuti Di Bangkok Tajaan Bisnes Online Shaklee Part 1
- Pengalaman Bercuti Di Bangkok Tajaan Bisnes Online Shaklee Part 3
- Pengalaman Bercuti Di Bangkok Tajaan Bisnes Online Shaklee Part 4
Okay, sambung balik cerita. Lepas breakfast kat hotel, kami naik bas beramai-ramai untuk ke The Grand Palace yang kira-kira 30 minit dari hotel. Actually sela masa ni sebab Bangkok kan terkenal dengan jem. Samalah macam Malaysia & Indonesia. Haha.
Dah sampai tempat parking, kena jalan sikit. Ala-ala macam kat Dataran Merdeka tu. Kena jalan hujung ke hujung untuk masuk ke kawasan istana.
Istana tu sebenarnya masih lagi beroperasi untuk raja bermesyuarat dan beristiadat. Tapi raja dorang tak bersemayam kat situ. Kira tak tinggal di situ. Dia buat macam office sajalah sebab dia tidur di istana lain.
Jadi, separuh kawasan istana tu dibuka untuk kunjungan orang ramai setiap hari. Cuma ada beberapa kawasan yang dibuka 2 atau 3 kali setahun sebab nak pelihara kawasan dalam bangunan tersebut.
Kebanyakkan tekstur dinding istana diperbuat daripada porcelain. Alkisah dulu-dulu dorang import porcelain dari China tapi sebab benda alah tu kan berat, jadi buat kapal karam. Bila dah terbazir tu, dorang fikir-fikir akhirnya come out dengan penyelesaian buat hiasan bangunan istana. Semuanya handmade tau. Termasuklah lukisan yang ada dalam kawasan istana.
Itulah serba sedikit info tentang istana mereka. Oh ya mereka juga menganut agama Hindu + Buddha dan mengikut adat Jawa sedikit. Jadi patung-patung dalam istana tu bercampurlah ikut 3 jenis agama dan adat ini. Ada 1 patung tu berwarna hitam. Tour guide kata patung tu diperbuat dari tanah lava dari kepulauan jawa. Sebab tu warna hitam.
Haaa…saya sendiri pergi tanya tour guide sebab kalau setakat menonong saja pergi, apa pun tak tahu. Jadi sekadar ambil gambar sajalah kan. Hehe.




Dah selesai ambil-ambil gambar macam kat atas ni, kami naik bas untuk ke pasar mingguan Chatucak. Lebih kurang sejam juga rasanya nak sampai ke kawasan pasar. Kami berhenti di bangunan JJ Mall sebelah salah satu pintu masuk pasar. Pasar ni besar gila weh! Satu hari pun tak habis. Buka weekend sahaja – Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Dah tengah hari kan, jadi cari makan kat kawasan pasar. Kami makan di restoran Saman Islam yang terletak berhampiran Menara Jam. Bestnya Pengalaman Bercuti Di Bangkok Tajaan Bisnes Online Shaklee Part 2 ini Shaklee bagi duit makan (meal allowance) sebanyak 1300 baht untuk pergi makan. Jadi, kami makan dengan percuma tanpa bayar sendirilah selama 4 hari ni. Best kan!

Sementara cari kedai makan, kita makan dulu aiskrim kelapa. Sedap!

Dah jumpa kedai makan! Restoran Salam Islam.

Pad Thai . Padkrapau (Chicken & Basil with rice) . Pulut mangga


Shopping time!

Hasilnya! Hehehe.
Dah settle makan, jalan-jalan lah sambil shopping! Hehe. Dah puas hati (sebenarnya tak puas sebab kena kejar waktu bas bertolak balik hotel), kami pulang ke hotel. Rehat-rehat kejap, malam aktiviti bebas untuk ke pasar malam Pratunam yang terletak di sebelah hotel saja.
Masa datang ni night market baru nak buka jadi tak berapa banyak barang lagi. Tapi baju fesyen untuk remaja dia memang win lah. Bersepah! Dah jalan-jalan tengok apa ada, rasa nak makan pula. Dinner time!
Google punya google, mencarilah kami kedai tomyam gung Paa Nga. Tak tahu pula dia antara yang famous. Hahaha. Menapaklah kami ke kawasan kedai dia. Belakang hotel saja tapi ambil masa 10 minit jugalah nak sampai.
Rupanya kawasan tu banyak restoran halal. Foodcourt pun ada! Night market lagi panjang! Tapi sebab dah lapar dan tak rasa nak shopping, pergilah kami makan di kedai Paa Nga tu. Sebab sejak dari hari pertama tak merasa tomyam lagi. Tak sah lah kan.
Alhamdulillah sedap makan panas-panas. Siap request nak kurang pedas sikit. Hahaha. Order sekali kerabu maggi. Pergh yang ni memang terbaik! Saya bagi 5 bintang! Eh? Hehe.

Gift dari Shaklee dalam bilik!


Antara kedai makan yang halal

Tomyam gun . Kerabu maggi

Happy face dapat makan tomyam akhirnya. Kerabu maggi sedap!

Di Pratunam Night Market . Atas jejantas nak ke Platinum Mall
Settle makan, kami ke food stall depan Platinum Mall nak tengok kot ada kudap-kudapan nak bawa balik bilik. Food stall dia sama macam Thai Food Festival kat Malaysia ni. Sebiji. Memang memanjang gitu.
Kami grab buah-buahan, roti canai gulung inti coklat, dan terus balik ke hotel. Ni pasangan suami isteri Diet Diet Sihat ajak bertandang ke bilik mereka. Peluang nak tuntut ilmu dengan mereka! Banyak benda kami borakkan. Tentang Bisnes Online Shaklee ni. Sempatlah buat video call dengan geng yang tak dapat datang. Sampai jam 1 pagi baru balik bilik. Hahaha.



Sekian, update Pengalaman Bercuti Di Bangkok Tajaan Bisnes Online Shaklee Part 2.