Kali ini saya nak kongsikan tentang 6 Sebab Mudahnya Kerja Dari Rumah. Assalammualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca blog ini. Saya juga salah seorang yang bekerja dari rumah.

Kerja Dari Rumah

Kerja dari rumah ini adalah pilihan yang terbaik untuk orang yang macam saya – surirumah sepenuh masa dan perlu menjaga 3 orang anak. Dan juga untuk orang yang mempunyai ingin tambah pendapatan sehingga menjadikan pendapatan sampingan tersebut adalah sumber pendapatan mereka yang utama.

6 Sebab Mudahnya Kerja Dari Rumah :

Boleh tentukan sendiri masa untuk bekerja

Bila kita bekerja dari rumah, waktu bekerja adalah sangat fleksibel. Bila mana kita sendiri boleh tetapkan masa yang kita suka untuk melunaskan segala kerja yang telah disenaraikan.

Tapi ingat, pastikan anda menjaga dan mengikut jadual kerja anda tanpa ada rasa untuk buat kerja lain pada waktu bekerja tersebut. Mesti siapkan dahulu kerja baru boleh buat kerja lain.

Selalunya bila begini, kita akan kurang rasa stres tanpa perlu kejar dateline dalam masa yang suntuk.

Luang masa bersama keluarga

Dengan mempunyai masa yang terurus, sudah pasti anda mempunyai masa untuk meluangkan masa bersama suami/isteri dan juga anak-anak. Di sini anda boleh meluangkan masa untuk mengajar dan mendidik anak-anak dalam jangka masa yang lama berbanding hantar anak ke rumah pengasuh.

Ini boleh dilakukan jika anda buat Bisnes Online Yang Menguntungkan.

Tidak terikat dengan mana-mana peraturan di tempat kerja

Dengan bekerja dari rumah, anda tidak perlu mengikuti peraturan-peraturan yang telah disediakan oleh sesebuah syarikat. Contohnya etika pemakaian dan perkara boleh-dan-tidak-boleh-buat di tempat kerja.

Penjimatan kos penyaraan hidup

Kos seperti kos pengangkutan, tol, pengasuh anak-anak, dan kos untuk makan di luar dapat dikurangkan apabila kita bekerja hanya dari rumah. Sekaligus menjimatkan kos keperluan hidup.

Bolehlah mula buat simpanan untuk masa hadapan.

Pendapatan sama seperti orang yang makan gaji

Tahukah anda? Dengan bekerja dari rumah juga mampu menghasilkan pendapatan yang sama seperti orang makan gaji. Malah boleh dapat lebih lagi sekiranya kita betul-betul commit dengan masa yang kita telah tetapkan.

Fleksibel

Bukan hanya mempunyai masa yang fleksibel, tetapi juga anda lebih tenang dan relaks untuk menyiapkan kerja-kerja yang perlu dilakukan tanpa ada tekanan dari pihak atasan.

Alhamdulillah setelah 4 tahun bekerja dari rumah, banyak yang positif telah saya dapat. Bisnes yang saya pilih ini juga sangat “family friendly” yang mana saya boleh buat kerja-kerja bisnes tanpa mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu kepada 3 orang anak.

Sebab itu saya sangat menggemari Kerja Sambilan Di Rumah Tanpa Modal ini.

Banyak pencapaian yang telah saya kecapi sepanjang berbisnes dari rumah ini. Sekiranya anda juga ingin rasai 6 Sebab Mudahnya Kerja Dari Rumah sama seperti apa yang telah saya rasai, bolehlah hubungi saya di talian 012 367 2560.

Pengedar Shaklee Wangsa Maju | Pengedar Shaklee Online