Assalammualaikum. Apa khabar semua? Huhu. Ampun dipinta lama menyepi. Dekat setahun dah ni. Sibuk urus anak-anak sampai sendiri tak terurus. Eh? Hehe. Ok lah, sempena “come back”nya penulisan di blog ni. Sukanya saya nak cerita kisah Lahirnya Fateh Adamsyah si teruna pertama saya dan suami.

Gambar umur sehari

Alhamdulillah. Tanggal 4 November 2015 pada jam lebih kurang 10.50 malam, lahirlah anak ketiga saya yang diberi nama Fateh Adamsyah secara pembedahan cesarean dengan berat 2.9kg. Ha’ah bedah lagi. Huhu. Awat? Moh saya ceritakan. Chewah!

Ok, memula dapat tahu saya pregnant pun masa Mac 2015. Biasalah period tak datang. So, bermulalah rutin check up setiap bulan. Memang ada berharap untuk dapat anak lelaki tapi tidaklah berharap sangat sebab takut kecewa dikemudian hari. Huhu.

3 kali pergi scan, masa memula doktor kata confirm lelaki. Second time doktor tak sure pula. Macam perempuan. Scan lagi, tak nampak pula sebab dia berpaling ke belakang. Nampak sangat nak suprise kan ummi dan ayah dia ni. Jadi, kami redha saja apa sahaja jantina anak dalam kandungan ketika itu.

Pengalaman mengandung kali ni lain sikit. Sebab mungkin umur dah meningkat. Saya menghidapi masalah PGP (pelvic girdle pain). Sakit pinggang sangat sampai menekan-nekan tulang pelvik. Sampai rasa ngilu kat celah kelengkang. Nak bangun susah, nak baring tak sedap. Tidur kerap terbangun. Memang tak larat. Nak kena layan lagi kakak baby 2 orang. Huhu. Sampai menetap kat rumah mak. Jarang balik rumah sendiri. Huhu.

Alhamdulillah, kerisauan kedua iaitu kelahiran pramatang tidak berlaku. Ya lah, kakak-kakak ada sejarah pramatang kan. Risau juga kalau terbersalin awal. Tapi baby bagi can. 39 minggu baru nak keluar. Terima kasih Allah! Terima kasih baby! Hee.

Mula-mula ingatkan Braxton Hicks je. Jadinya buat tak tahu lah layan contraction. Sempatlah makan macam-macam sampai petang. Tapi lepas je maghrib, contraction makin kuat. Tiba-tiba pula tu.

Tak tahan ummi dia ni nak bertahan sebab memang tak bersedia langsung. Jam 8 malam call suami suruh balik. Cakap nak beranak dah. Dia sampai jam 8.30-9 malam macam tu, Dia tanya nak pergi hospital sekarang tak? Memula berani sikit kata tahan kejap. Tak sampai 10 minit pun, terus ajak pi hospital. Hahaha. Ummi tak tahan nak oi. Tak prepare.

Sampai hospital dah tahu dah kena operate sebenarnya. Sebab kedudukan baby songsang. Punggung kat bawah. Dah hujung-hujung pun tak mahu pusing kepala. Huhu. Doktor dah bagi tarikh operate sebenarnya. 8 November tarikh serah diri. Nampaknya Adam tak nak bagi ummi serah diri berlenggang. Jadi, dia awalkan contraction. Hahaha.

Cepat juga bukaan serviks. Cek kat kecemasan memula 3cm. Dah nak tolak ke bilik pembedahan doktor kata dah 8cm. Bila doktor operate cek, baru 6cm. Kalau ikut hati ummi, lambat sikit datang tadi, boleh je paksa bersalin normal kot. Hehehe. Sebab ummi dia dulu pun songsang. OK je keluar punggung dulu. Tapi sebab tak ready, berserah sajalah.

Operation kali ni rasa sakit senak kat perut. Mungkin sebab tengah contraction lepas tu pula dipaksa stop, so perut ummi rabaklah kena koyak sambil tahan contraction. Setengah jam je. Alhamdulillah selamat bersalin. Doktor tunjuk jantina baby. “Baby boy ya puan”. Alhamdulillah. Teruja ummi. Sah lah ummi dah dapat anak lelaki kali ni. Hihi.

Oh ya, seperti kakak-kakak dia, Adam pun kena tahan wad juga dalam seminggu. Sebab ummi disahkan ada GBS positif. Jadinya, Adam kena ambil antibiotik untuk elakkan sebarang infection walaupun dah diterangkan masa operation, baby selamat.

Adam kena juga jaundis tapi tak kena tahan wad. Sehari je dia kena duduk bawah lampu untuk kurangkan “aras kena tahan wad” tu. Tapi lama jugalah jaundis dia nak turun. Dekat sebulan juga ulang-alik klinik kesihatan. Slow benar lah bacaan tu nak turun.

OK, itu je lah yang dapat ummi kongsi. Sekarang Adam dah 5 bulan. Tadaa!

botak lepas habis pantang
sekarang saya dah pandai berpusing-pusing!

Oh ya, nama yang diberi tu sebenarnya dari zaman kakak Hani lagi dah pilih. Tapi sebab belum turn anak lelaki, tersimpan sajalah. Dah ada ni, kita gunapakai je. Hehe.

Cari Pengedar Shaklee? >>> Pengedar Shaklee Malaysia
.
.
Nak Daftar Jadi Ahli? >>> Borang Daftar Ahli Shaklee Online