Assalammualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan buat semua pembaca blog ini. Untuk pengetahuan public, Hani anak sulung saya telah mengikuti sesi terapi percakapan sejak dari umur dia penghujung 3 tahun. Kenapa Hani Jumpa Speech Therapy?

 

Saya yang berminat nak hantar ke pakar terapi sebab nak tutup mulut orang saja pada mulanya. But at the end saya dapat info dan Alhamdulillah banyak sangat improvement dengan percakapan dia. Eventhough belum betul-betul fasih tapi dah mula faham.
Dia dah mula nak explain semua yang berlaku pada diri dia. Kena marah dengan cikgu. Kena marah dengan ummi. Jatuh sendiri siap tunjuk kat mana dia jatuh dan tempat sakit.
Dulu, Hani agak pasif sedikit tentang beberapa perkara. Hani tak fokus. Sampai sekarang pun tapi much better. Dulu bila panggil, haram nak pandang. Sampai kena pusingkan muka dia hadap kita.
Hani sangat tak suka bunyi bising. Sebising bunyi vakuum. Bunyi auto dry hand machine. Bunyi kereta api. Bunyi petir berdentum. Bunyi kereta atau motor yang di-ramp. Hani jadi takut sampai tutup telinga dan menggigil satu badan.
Hani is friendly tapi dengan cara dia. Nak berkawan tapi belum reti cara tegur. Kadang boleh nampak kawan-kawan macam confuse macam mana nak accept salam perkenalan dia. Lama-lama dah main sama baru boleh get along.
Hani sangat loud. Suka cakap kuat-kuat. Ni ummi dia lah ni train. Haha. Sampai bila berkawan even kawan dia tak kejar pun dia (sebab kejar orang lain), dia akan lari sambil menjerit-jerit. Dan buat orang dewasa annoyed sangat dengan jeritan dia.
Simptom ini adalah simptom awal yang sama untuk detect sama ada autisme atau tidak. Ada beberapa lagi simptom lain yang saya tak senaraikan. Simptom-simptom yang boleh dikira kritikal boleh google.
Alhamdulillah dia tiada simptom-simptom yang kritikal. Cuma dengan simptom-simptom di atas ni dah boleh buatkan dia low self esteem. Cepat rasa nak putus asa. Kadang-kadang rasa lebih baik buat tak tahu saja apa yang berlaku.
Alhamdulillah shes doing great after several met with therapist dan kami decide untuk hantar dia ke tadika pada umur 4 tahun sebab nak kan persekitaran dengan rakan sebaya dia supaya dia boleh bergaul dengan kawan seusia dia.
Semua ni terjadi adalah disebabkan Hani terlampau karib dengan gadget. Kami tak belikan dia Ipad khas tapi kami tadahkan dia dengan phone kami. Semua sebab itu cara untuk suruh dia diam.
Well, memang itu adalah kesilapan kami yang kami cuba betulkan dengan buat limit masa setiap hari untuk Hani. Dari seharian tengok phone, kami kurangkan slowly.
Tujuan saya share ni hanya untuk rujukan if ada yang risau anak mereka mengalami perkara yang sama. Bukanlah untuk paksa kamu semua rujuk anak seawal 2 3 tahun untuk buat mereka fasih bercakap.
Every kids are different. I think I have done something right for my kids. And I believe you would do the same if the time has come kan. =)
Saksikan kompilasi aktiviti team kami dan pencapaian dalam Bisnes Online Shaklee
Cari Pengedar Shaklee area anda? >>> Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia
Nak Beli Shaklee Online Terus Dari Shaklee HQ >>> Cara Beli Shaklee Online
Nak Daftar Jadi Ahli? >>> Borang Daftar Ahli Shaklee Online