Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar? Semoga semua pembaca blog ini dalam keadaan sihat senantiasa. Jaga Kesihatan Atau Beli Insurans – Mana Lagi Penting buat anda? Ikuti kupasan lanjut oleh kami.
Jaga Kesihatan
Semua orang perlu jaga kesihatan masing-masing. Dari masa dalam kandungan (kesihatan dijaga oleh si ibu), sampailah lahir ke dunia, membesar sebagai kanak-kanak dan akhirnya dewasa. Pemakanan kita semuanya diaturkan oleh ibubapa semenjak kecil.
Awal makan (6 bulan) awallah kita kena jaga kesihatan. Since makanan kita sekarang tak sama dengan makanan yang dihasilkan pada 10 tahun lepas, zaman sekarang penjagaan kesihatan lebih ketat.
Kenapa bila nak jaga kesihatan saja mesti sebut tentang pemakanan? Tahu kan? Kebanyakkan penyakit kronik sekarang puncanya dari segi pemakanan dan gaya hidup kita. Risiko untuk menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan kanser (nauzubillah) telah meningkat sebanyak 30% menjadikan risiko disebabkan oleh keturunan hanya 5% sahaja.
Sebab tu sekarang, ramai orang menghidap penyakit kronik walaupun tiada keturunan mereka yang menghidap penyakit yang sama. Dan sebab itu jugalah kita perlu jaga pemakanan dari masa bayi lagi.
Dengan teknologi sekarang, memang lebih banyak makanan yang diproses, makanan segera dan tidak kurang juga makanan yang menggunakan minyak kitar semula. Belum lagi masuk sumber makanan dari GMO dan disuntik hormon. Kita yang makan, pasti kesannya kita yang dapat.
Juga isu tentang gaya hidup seseorang. Terutama yang merokok dan meminum alkohol. Buktinya, sekarang pembangunan pub dan disko berkembang dengan pesat malah mampu terbina pusat rehat yang gayanya seperti sebuah mall yang dibuka pada waktu malam.
Semua ini bukan beri effect kepada kita esok atau lusa. Tapi pada 10-20 tahun akan datang. Sewaktu kita telah berusia dan sistem dalam badan kita semakin merosot. Masa itu, penjagaan kesihatan perlu jadi 2 kali ganda dari sekarang. Silap-silap 3 kali ganda!
Dan sebab itu kita perlu mulakan penjagaan kesihatan sekarang sewaktu masih jaguh berlari. Bukan masa sakit saja.
Beli Insurans
Since mati itu pasti, insurans mampu beri pampasan sekiranya sesuatu yang buruk berlaku terhadap diri kita. Regardless kita bujang sebatang kara atau sudah berkeluarga.
Dengan banyak hutang, tiba-tiba accident. Kiranya meninggal atau paling teruk lumpuh sepanjang hayat, akan menjadi beban kepada keluarga. Ini cerita betul (sebab kami bukan agen insurans).
Jadi, pampasan untuk kematian dan kemalangan diperlukan untuk ini. Dan untuk bantu rawatan di hospital sekiranya perlu.
Jangan berprasangka, kesihatan itu masih perlu dijaga kerana badan kita, kita nak pakai lama. Tapi insurans perlu sebagai jaminan orang yang berada dikeliling kita. (Bukan untuk kita confirm masuk hospital ya.)
Sekurang-kurangnya dengan menjaga kesihatan, potensi untuk kita meninggalkan dunia dengan keadaan sihat adalah lebih tinggi dari meninggal dunia dengan sebelah atau paling teruk 2 belah kaki telah dipotong akibat kencing manis.
Belum masuk lagi organ dalaman busuk dan yang bakal menguruskan jenazah kita pula orang lain. Dalam Islam, kita tidak praktikkan amalan yang menyusahkan orang lain – sebab itu kesihatan penting.
Boleh baca tentang sayur Peria Katak Mampu Rawat Kencing Manis di sini.
Dan insurans untuk jaminan kepada ahli keluarga meneruskan kehidupan dan menyelesaikan segala hutang-piutang serta duit itu juga bakal digunakan untuk menguruskan jenazah kita.
Itu baru masuk part kematian, belum masuk part sekiranya lumpuh sepanjang hayat. Duit insurans juga bakal diguna untuk penjagaan kesihatan kita selama kita masih hidup. Mana ada income lain kan?
Dan baru dapat tahu insurans juga covered untuk kecederaan sekiranya berlaku perang atau rusuhan. Dengan zaman sekarang ni, memang patut kita ambil langkah berjaga-jaga.
Jaga Kesihatan Atau Beli Insurans?
Kami ingin tekankan di sini walaupun kedua-duanya sama penting, tetapi penjagaan kesihatan sepanjang hayat lebih penting dari sekadar membeli insurans tanpa menjaga kesihatan. Dengan itu kami menyeru anda semua untuk menyahut seruan kempen yang dianjurkan oleh Group SuperStar ini dengan sebarkannya.
Cabaran ini telah kami sahut daripada Puan Yuni dari Damansara, Group SuperStar dan kami dengan berbesar hati untuk tag Puan Munirah dari Sepang yang juga ahli Group SuperStar untuk menyahut seruan kempen ini.
Nak Beli Produk Shaklee Dari Pengedar Shaklee >>> Pengedar Vivix Shaklee Online
Nak Beli Shaklee Online Terus Dari Shaklee HQ >>> Cara Beli Shaklee Online
Nak Daftar Jadi Ahli >>> Borang Daftar Ahli Shaklee