Assalammualaikum. Alhamdulillah diberi peluang hidup hingga ke hari ini. 30 Oktober lepas saya baru je menyambut hari ulangtahun kelahiran. Terima kasih tau kepada yang wish. Semoga awak semua pun berada dalam keadaan sihat dan dirahmati. Ok lah, nak cerita pasal anak ketiga, Fateh Adamsyah Masuk Wad Lagi ni. Huuu.
![]() |
Alahai si kenit comel ni |
Hari tu kan sebenarnya, #FatehAdamsyah baru sehari je selsema batuk. Jumaat (20 Okt) tu selsema saja. Malam masa tidur tu baru batuk teruk. Sampai dia tak boleh tidur.
Subuh tu saya perasan nafas dia dah laju. Dada dah berlekuk dah.
Pagi jam 9 saya bawa dia ke klinik dulu untuk ambil neb (orang panggil gas). Alhamdulillah, ok sekejap. Tapi jam 11 pagi nafas dia laju balik. Sesak balik. Tak nak menyusu sangat. Nangis of course lah.
Tu yang terus ke hospital. Dah boleh agak ni mesti kena tahan ni. Sebab memang nampak nafas laju sangat. Sampai bahagian kecemasan as always (huhu) masuk red zone lah. Heart rate 180++ tau. Hoho. Gila tinggi. Normal patut 140 je tau. Oksigen pun 88-89 je. Tu yang kena pakai tiub okigen tu.
Doktor cek x-ray, alhamdulillah sikit je kahaknya kat paru-paru tapi yang concern saluran pernafasan dia sempit. Sehari je kejadian, terus masuk wad tau. Huhu. Scaryyy.
Actually pagi Jumaat tu ada bagi OmegaGuard kat dia. Asbab bagi tu kahak dah keluar separuh (sebab dia poo poo berlendir), yang separuh tu yang tinggal yang degil nau nak keluar. Kalau tak, saya rasa result x-ray tu teruk lagi tu. Macam 2nd time dia masuk wad.
Yang buat lama dia kena tahan sebab nafas dia masih laju yang doktor pun pening kenapa sebab paru-paru dia dah getting better. Ada sikit sangat je kahak katanya.
Last-last Khamis hari tu, doktor bagi discharge juga dengan antibiotik. Masa ni heart rate dah normal tapi kadang-kadang laju juga. Tapi dia aktif dan makan minum macam biasa.
Mungkin sebab dia masih selsema dan ada batuk kadang-kadang kot tu yang buat nafas dia masih laju (ini andaian saya).
Alhamdulillah nampaknya dah semakin nak baik dah ni. Nurses dan doctors semua kenal dah. Haha. Semua tanya ni kenapa masuk balik ni. Hehe.
Ni stok OmegaGuard saya dah habis pula. Kejap lagi nak pergi re-stock sebab kakak-kakak dia pun berhingusan ni. Kena bagi juga sebelum teruk kan.
Semoga ini kali terakhir si Fateh Adamsyah ni masuk wad lah. Kesian kat dia kena cucuk sana sini. Huuuu…
Cari Pengedar Shaklee? >>> Pengedar Shaklee Malaysia
.
Harga Produk? >>> Senarai Harga Produk Shaklee
.
Nak Daftar Jadi Ahli? >>> Borang Daftar Ahli Shaklee Online