Kemain ada episod kan. Hehe. Ok pagi hari kedua kami sarap di hotel. Ada pancake, spageti carbonara, nasi lemak, bubur, omelette, roti bakar, salad, cekodok, buahan dan kopi, teh serta jus oren. Meriah kan? Alhamdulillah sedap pula tu. Heee.
Sambil-sambil tunggu makcik saya sampai dari Kuala Perlis dengan anak dia (sebaya adik bongsu. Mereka plan nak jumpa. Lalu mereka pun join sekali. Hehe) kami duk siap-siap nak keluar. Oh kami sewa kereta besar sikit sebab ramai – Nissan Livina.
Oh ya, nak tahu ke apa vitamin yang sesuai untuk dibawa semasa sedang bercuti atau melancong? Bolehlah klik ke : Vitamin Untuk Bawa Pergi Bercuti – Set Travel Shaklee.
Disebabkan hujan tiba-tiba turun mencurah-curah membasahi bumi Langkawi, kami agak lost kejap nak ke mana. Akhirnya kami teruskan perjalanan ke pantai Cenang. Ikut jalan tepi laut. Dan oleh kerana saya ada anak-anak, saya syorkan untuk ke Underwater World (UW). Terletak kat Cenang. Hehe. Nampak tak permainan di situ.
Dah lain rupanya ruangan dalam UW. Ya lah last time pi 12 tahun lepas (last masuk UW time darjah 2 ke 3 tah. Mana tak lain. Huhu.) Dah jadi cam taman burung pun ada. Apa yang penting, anak-anak teruja! Dapat tengok fish kaler kaler, tengok penguin, tengok khazanah laut dan macam-macam.
Seronok tengok diaorang. =)
Habis pusing UW, hujan belum berhenti. Kami nak pi lunch tapi kebanyakkan kedai tutup sebab mereka buka waktu malam – review orang cakap makan kat pantai Cenang sangat lazat! Tetiba ternampak ada 1 kedai makan buka. Depan Idina Chalet.
Lepas siap makan semua, kitaorang terus gerak ke tempat cable car. Kecil je sebenarnya Langkawi ni. 1 hari boleh habis pusing. Hehe. Masa dalam perjalanan tu nampak ada tempat menarik – Laman Padi – tempat shooting Destinasi Cinta Sazzy Falak dan famili – tapi tak berhenti sebab nanti membazir masa. Kitaorang kan ramai budak kecik. Hehe. Sebelum sampai tempat cable car, kitaorang berhenti sat kat The Royal Yatch – Harbour Park. Nak pi toilet je pun. Tapi pemandangan cantik! Sempatlah bergambar.
![]() |
hujan sikit waktu ni |
Dekat jam 4 petang, kami tiba di kawasan kereta kabel. Huru-hara sikit kat sini sebab tak jumpa kaunter tiket. Rupanya kena redah dulu Perkampungan Oriental baru jumpa kaunter kat tengah-tengah perkampungan tu.
- Tiket dewasa : RM25
- Tiket kanak-kanak (2 tahun hingga 12 tahun) : RM15
![]() |
tinggi nun kat kabus tu check point di |
Ramai betul manusia yang ada kat situ. Almaklumlah cuti sekolah. Jauh juga perjalanan kereta kabel tu. Tinggi! Anak-anak saya gayat. Huhu. Sedang on the way naik tu, kita boleh nampak 2 air terjun – Telaga Tujuh. Satu lagi tak tahu nama. Huhu. Yang satu tu memang menjunam terus air terjun dia. Cantik.
![]() |
posing sat sambil tunggu turn |
![]() |
kita machine massage dulu! |
![]() |
peace yaw! |
Dia ada 2 check point – 2 puncak. Nama pun Gunung Mat Cincang. Puncaknya banyak. Jadi ini mungkin sebab ada 2 check point. Tapi malangnya, kami pi salah musim. Berkabus sajalah kat atas tu tak nampak apa. Sedih. Huhu. Sepatutnya kita boleh nampak 3 pulau kecil sempadan Thailand dan lautan Andaman. Boleh bayangkan cantiknya pemandangan tu tapi sayang..i miss that moment. Huhu.
Lepak sekejap je kat atas lepas tu turun balik. Kat bawah kami pi makan aiskrim secara berjemaah. Heee. Oh ya tak lupa kat Perkampungan Oriental tu ada Duck Tour juga. Dia macam bas hop on hop off tu tapi bentuk bot bertayar. Dia bawa jalan-jalan tengok pemandangan darat dan lautan. Kami tak naik benda alah tu sebab dah lewat petang. Kan ada anak kecil.
On the way balik dari SkyCab tu, semua kelaparan lagi – hujan, sejuk, jalan jauh, penat – mestilah lapar. Hehe. Masa on the way dari Pantai Cenang ke SkyCab tu, kami terlalu di sebelah kedai makan laksa ikan sekoq. Betul-betul tepi pantai dan sebelah airport (memang satu je jalan kat situ).
Oleh kerana lapar, rasa ingin mencuba tu tinggi dan kedai yang ini jadi pilihan kami. Alhamdulillah sedap! Kuahnya pekat. RM5 sepinggan. Time kami makan tu, angin kuat betul. Boleh terbang laksa tu. Huhu. Siap bungkus ok bawa balik hotel.
Then kami terus shoot balik hotel. Oleh kerana adik-adik saya tak berapa ingat pasal kisah beras terbakar, kami pun pi lah singgah sat kat situ. Time tu dah lewat petang. Kedai banyak yang dah tutup. Jadi, straight je lah pi tengok beras terbakar.
![]() |
dah sampai! yeay! |
![]() |
Tinggal ni je..dulu kawasan terbuka orang duk kutip. Ni je yang tinggal. |
At last, kami shoot balik hotel terus. Malam tak berapa ada aktiviti sebab saya dan anak-anak kepenatan. Mak dan makteh sambung pi shopping. Kitaorang yang lain lepak hotel sambil tonton cerita Horee Horee sampai tertidur.