Belum habis penat pi Taman Burung KL tu, esoknya saya, anak-anak, abah, mak dan adik-adik saya terbang ke Pulau Langkawi. Huhu. Continuous holiday. Sempena cuti sekolah seminggu kan. Kami pi Ahad balik hari Rabu. Over kan?
Oh ya, nak tahu ke apa vitamin yang sesuai untuk dibawa semasa sedang bercuti atau melancong? Bolehlah klik ke : Vitamin Untuk Bawa Pergi Bercuti – Set Travel Shaklee.
Saya anak beranak saja yang pergi. Quality time kononnya. Hehe. Flight kami petang jam 4.30. Kat KLIA2, alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan. Kami dapat naik kereta ala-ala kat golf tu. Sebab ada bawa 2 orang baby (anak saya lah tu..hehe). Oleh sebab kami semua firstimer, tak tahu keadaan kat KLIA2 tu.
![]() |
apa tah nama benda alah ni..huhu |
Rupa-rupanya jauh gila bilik menunggu tu dari imegresen. Dekat 1 kilo jugalah rasanya. Hujung nun. Pintu K18. Nasib baik naik kereta tu. Save masa. Hehe. Tak lama lepas tu kami dah dipanggil untuk masuk kapal terbang. Ini kira second time Ayesha (anak kedua) dan third time untuk Hani. Tapi rasanya kali ni baru dorang betul-betul feel naik kapal terbang.
![]() |
ayuh kita berlepas! |
![]() |
makan makanan seludup…hehe |
Dalam sejam perjalanan melintasi Pulau Pinang, akhirnya sampailah kat Pulau Langkawi. Tapi masa nak touch down tu ada insiden sikit. Memula kapal terbang dah elok menurun. Bila dia touch je dia terus naik balik. Lama gak lah. Lebih kurang 30 minit untuk dia pusing balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
![]() |
we are arrived! |
Cuak juga. Ya lah. Kan baru-baru ni tragedi pasal MH370 dan MH17. Seriaulah kami. Rupa-rupanya tak jadi landing sebab hujan lebat dan angin kuat. Jadi, dorang terpaksa naik balik. Alhamdulillah second touch down kami selamat mendarat.
![]() |
view dari bilik hotel – gambar kabur hp dah tua |
Keluar dari airport, kami naik van teksi untuk ke hotel – De Baron Resort dekat pekan Kuah. Dekat dengan jeti juga. Nampak Dataran Lang, Pulau Toba dan Pulau Dayang Bunting dari hotel.
First day, sampai pun dah malam. Tak buat apa. Pi makan kat kedai mamak je lepas tu ikut mak pi shopping kat Haji Ismail kat bangunan lama. Sempat beli pampers dan susu Hani. Murah ok! Hehe. Then balik hotel, tidur. Huhu.