Ehehe. Firstimer. Jadi ekspresi pasti over excited. Akhirnya cita-cita nak pergi Cameron Highlands tercapai. Jadi sekarang masanya untuk saya kongsikan pasal hotel, tempat-tempat menarik dan tempat makan yang kami pergi.


Oh ya, nak tahu ke apa vitamin yang sesuai untuk dibawa semasa sedang bercuti atau melancong? Bolehlah klik ke : Vitamin Untuk Bawa Pergi Bercuti – Set Travel Shaklee.

Alkisah hotel

Macam ni. Mulanya weekend ni nak pergi bawa anak jalan-jalan ke shopping mall tapi kami suami isteri lost tak tahu nak pilih shopping mall yang mana.

Jadi, saya ajaklah suami untuk ke Cameron Highlands. Dua-dua tak pernah pergi ni. Jam 2 pagi hari Rabu baru terhegeh cari hotel.

Kami guna Agoda.com sebagai platform booked hotel. Godek-godek tengok harga:

  • Murah PASTI kena kongsi bilik air.
  • Mahal PASTI hotel 3 4 5 bintang.

Lalu, kami jumpa yang sederhana murah. Hotel Snooze. Sederet KFC. Atas kedai cenderamata.

Bilik triple (1 katil queen 1 katil single)

Senang. Kami 4 beranak. Anak masih kecil. Bagi saya bilik ni sangat selesa untuk yang ada anak kecil macam saya. Harga dalam RM149 untuk satu malam termasuk tax dan service charge Agoda.

Yang PALING BEST kat hotel ni interior design dia cantik. Macam dalam cerita korea. Like home hotel. Macam kat rumah. Ace tengok ni:

Hall 1 (tingkat 2) : ada 2 bilik
Ada laundry sendiri ok!

Hall 2 (tingkat 2) : Ada 3 bilik. Sini je ada peti ais.

Guest spot : Tempat tulis review. Nice kan?

Hall 3 (tingkat 3) : Ada 3 bilik
Hall 4 (tingkat 3): Ada 4 bilik.

Bilik kami! Paling hujung sebelah sofa hitam putih tu. Hihi

YANG LEMAH 1 je. Kena naik tangga. Hotel ni start tingkat 2 dan 3. Malangnya bilik kami di tingkat 3. Haha.

Tempat-Tempat Menarik (Sabtu)

Saya cerita yang kami pergi sahajalah ya. Yang sesuai untuk anak kecil. Usia 2 dan 3 tahun.

Tempat pertama : Ladang Strawberi EQ

Ini cina punya. Sebab dah jam 4 petang, singgah sahaja. Lalu kami pun petiklah buah strawberi.

500gram = RM30

Lebih kena tambah caj.

YANG BEST dia terangkan cara petik buah dengan betul. Kena petik di tangkai bukan tarik buah. Nanti cepat masam. Petik pakai tangan je.

Saya sorang je petik. Anak-anak petik hancusss. Hehe.

Kemudian, tempat kedua : Butterfly farm.

MasyaAllah cantik betul rama-ramanya. Berwarna-warni. Dapat tangkap gambar sikit je sebab mereka berterbangan.

Percubaan pegang rerama. Mula-mula takut gila. Huhu.

Yuran masuk : RM5/seorang (3 tahun ke atas).

Dalam tu ada lagi binatang lain. Banyak haiwan eksotik. Kumbang badak besar duit syiling 50sen lama. Ular, cicak gecko, kala jengking, katak hutan dan beberapa lagi.

Arnab
Ayam belanda

Depan sikit ada bunga. Cantik!

Disebabkan lepas check-in terus keluar balik pergi jalan-jalan, dengan penat dan pening ikut laluan dari Tapah, jadi kami kembali ke hotel untuk rehat.

Happy babies!

Malam menjelma. Tempat ketiga hari tu : Pasar Malam

Nak cari makanan asalnya. Menapak ke sana. Adalah dalam 600 meter. Tapi sebab kena dukung anak. Jadi macam 2 kilometer jugalah. Mendaki sikit kan.

Sesampai je…teruja! Siap buat kiraan. 1 barisan ada 30 gerai. Ada lebih kurang 10 barisan. Ce kira berapa gerai? Hehe.

Disebabkan cuaca sejuk tak menahan, nafsu makan membuak-buak. Macam-macam beli lepas tu tak habis. Huhu.

Main baling batu kat pasar malam. Budak cina tu tengok saja. Huhu.

Kemudian, balik hotel, makan dan tidur. Nanti saya sambung hari kedua ya.

Cari Pengedar Shaklee? >>> Pengedar Shaklee Malaysia
.
Harga Produk? >>> Senarai Harga Produk Shaklee
 .
Nak Daftar Jadi Ahli? >>> Borang Daftar Ahli Shaklee Online