Assalammualaikum.
.
Tergerak hati nak tulis entri ni memandangkan saya rasa ramai yang tak tahu adakah pemakanan kita seperti makanan pedas dan kesihatan seperti demam, selsema, cirit-birit atau apa sahaja mempengaruhi penyusuan kita? Maksudnya bayi akan terasa atau dapat sekali ke?
.
Yang sebenarnya, dragon ball ada 7 biji kesemuanya.
.
Eh, hehe…yang sebenarnya segala yang si ibu makan ni memang akan ada effect. Tapi bukan pada bayi. Pada susunya. Tapi (lagi) bukan rasa makanan itu. Pada zatnya. Ngerti kamu?
.
Ok lah contoh lah. Saya makan makanan yang pedas-pedas. Pedas gila. Peri peri pedas. Tiba-tiba teringat yang saya masih menyusukan Ayesha. “Alamak! Kasihan Ayesha rasa pijar-pijar nanti,” kata saya. Yang sebetulnya, cuba fikirkan di mana logik akalnya?
.
Apa saja yang kita makan akan di proses dalam perut. Perut faham ke pedas, tawar, pahit, masam ataupun manis? Yang rasa tu hanyalah lidah. Yang perut tahu ada zat apa yang boleh diambil untuk kegunaan badan kita. Ya, termasuklah susu. Dia (perut) cari zat-zat, cari vitamin-vitamin, cari mineral.
.
So, kesimpulannya di sini, Ayesha confirm takkan rasa kepedasan makanan yang saya rasa. Dia dengan relax dan tenangnya akan menghisap zat-zat yang penting untuk badan dia. Menarik bukan?
.
TAPI! Kita kenalah jaga pemakanan juga. Si bayi mengambil zat-zat dan mineral yang diperlukan, kita makan lah makanan yang ada semua tu. Boleh je makan sebarang tapi berpada-padalah kawan. Ya dak?
.
Okay, selesai pasal pemakanan. Sekarang pasal kesihatan.
.
Contoh lagi. Saya makan entah apa-apa. Air bandung + mee bandung. Pergh~ confirm diarrhoea punya. So, saya pun keluar masuk toilet. Teringat lagi. Ayesha bagaimanakah?
.
Sepertinya jawapan untuk pemakanan, seperti itu jugalah jawapan untuk kesihatan badan. Takkan ada kesannya pada Ayesha. Dia takkan kena diarrhoea. Dia dengan tenang dan selambanya akan minum susu lagi.
.
Dulu, masa kena mastitis tu, relax je saya susukan Hani. Takde pula transfer sakit ke luka ke kat dia. Ehehe.
.
TAPI! Jika ada demam, selesema dan batuk. Minta tolong pakai mask. Untuk yang demam, jangan selalu dekati bayi anda. Ia mampu menjangkiti bayi anda. BUKAN dari susu tapi dari pernafasan. Ha masuk bab lain pula dah.
.
Okay patah balik. Faham tak ni? Kalau tak faham, boleh roger saya. Takdehallah! Ehehe.
.
Jika anda perlukan khidmat nasihat, boleh hubungi : 012 367 2560
.
.
Cari Pengedar Shaklee? >>> Pengedar Shaklee Malaysia
Harga Produk? >>> Senarai Harga Produk Shaklee
Nak Daftar Jadi Ahli? >>> Borang Daftar Ahli Shaklee Online
Salam sis sy perlukan skit maklumat…anak sy sekarang berumur 4 bulan…dh 2 mgg ni sy tengok die x buang air besar…mgg petama sy ke klinik masuk ubtla pastu berak byk sbb perut die dh keras…lepas dr tu die x berak lg..tuk mgg ni dh 4 hari…sy risau adakah ape yg sy mkn menyebbkn die x berak…sy sekarang amalkan pemakanan untuk tambh susu…pg sy akan ambil.oat n milo,mlm b4 tdo sy akan ambil oat lg..diantara pg pai malam mkn spt biase n.selang tu sy mkn biskut jek…sy ada juga minum.air rebusan kurma merah,longan kering n goji beri….cmne ye sis…ni.no sy 0127876962