Assalammualaikum.

Ini berdasarkan pengalaman sendiri yang baru dihadapi. Luka belum pun pulih. Nak kongsi sebab selama buat research guna google, belum ada yang cerita details lepas bengkak tu jadi teruk.

Pertama-tama saya bersyukur kerana tuhan mengurniakan saya susu ibu yang banyak untuk anak saya. Jadi, sesi perahan susu memang akan berlaku setiap 4 jam [memandangkan Hani minum selang 2jam dan tak mahu membazir storage bag kalau perah sikit]. Untuk pengetahuan, sekali perahan saya mampu menghasilkan 7 hingga 10oz.

Dalam 2 3 minggu lepas, saya mengalami bengkak susu ni. Pada mulanya dia keras je. Breast akan jadi panas. Dah urut, dah letak ice pack siang malam, dah tuam dengan air panas suam tapi tak juga hilang. Saya perah juga. Lama-lama dia jadi kemerah-merahan dan sangat sakit. Bayangkan tersentuh baju pun boleh sakit. Saya tahankan selama 4 hari dengan percubaan tuam. Kobis juga telah saya guna. Semua tak berhasil.

Then, saya pergi klinik ibu dan anak Ampang [rumah mak kat Ampang]. Sambil pergi timbang berat Hani [dia pre-mature baby], sambil saya cek breast. Nurse kat situ mengucap panjang dan terus suruh jumpa doktor. Doktor just bagi ubat antibiotik, ubat bengkak dan pain killer [panadol]. Dia suruh makan untuk seminggu dan datang balik untuk cek breast. Kalau takde apa-apa berlaku, mungkin kena operate.

Tapi risaukan bengkak macam makin teruk sebab dari warna merah, timbul warna biru ditengah-tengah kawasan merah tu. Saya pergi ke klinik kesihatan Sg. Chua [rumah mak mentua kat Sg. Chua]. Doktor sahkan bengkak tu dah jadi bisol. Dia suruh teruskan makan antibiotik untuk 3 hari dan tunggu bisol tu pecah. Jika tak pecah, kena refer hospital. Doktor suruh stop bagi susu breast yang bengkak takut ada infection. Dalam masa yang sama kena perah untuk legakan. Perah dan buang. RUGI GILA RASANYA!

Mak mentua syorkan guna ubat sensei. Macam biji sawi. Tekapkan kat bengkak. Sehari pakai, bengkak tu pecah. Pedihnya jangan cakap, saya tahankan. Dalam 4 hari nanah mengalir tak henti. Bila sampai time untuk jumpa doktor, nanah dah takde, kawasan bengkak jadi macam berlubang dan of course berdarah.

Then, doktor suruh datang hari-hari untuk cuci luka tu. Pergi cek darah dan keputusannya tiada jangkitan kuman. Dah boleh bagi Hani minum kat breast tu. Sampai sekarang ni, luka tu dah pun mengecut dan dalam proses nak baik. Alhamdulillah, tak perlu operate.

So, kepada mommies, selalu-selalu lah perah susu. Jangan tangguh-tangguh sampai berat. Nanti terjadi macam ni, merana! Huhu. Rasa macam nak stop breastfeed pun ada sebab sakit yang tak tertanggung. Nak tidur susah, nak mandi pun susah!

P.s : Bagusnya breastfeed, selalu lapar tapi berat badan tak naik even makan banyak-banyak. Hehe