Jom kita Belajar SEO Dengan Sertai Cabaran SEO bersama-sama dengan team WCB. Macam mana tu? Ha…macam yang sedang saya buat sekarang inilah. Marilah tengok apa yang boleh kita belajar dari cabaran ini.
Saja saya nak join cabaran SEO ini sebab nakkan ilmu yang diberikan percuma itu. Dah lah percuma, siap berpeluang dapat hadiah bernilai RM13,000 tu. Siapa tak nak kan? Dengan hanya menulis beberapa entri saja. Hehe.
Okaylah tanpa buang masa, saya nak kongsi apa yang kita boleh Belajar SEO Dengan Sertai Cabaran SEO ini.
Cara setting blog
Dalam emel yang diberikan, kita akan belajar cara untuk setting blog. Dari permulaan yang mana dari soalan “kat mana kita nak beli domain (url = nama blog kita) dan hosting (rumah bagi website kita. Selalunya kita akan gunakan wordpress inilah).
Hinggalah kepada cara nak install dan setting blog ini.
Cara tulis entri
Mereka juga mengajar cara-cara untuk menulis entri blog yang terbaik, yang mudah dan mesra dengan Google. Bila Google suka, cepatlah entri kita keluar di muka pertama carian.
Kat mana nak guna heading, kat mana nak letak gambar, semualah!
Baca entri saya tentang : Kerja Sambilan Di Rumah Tanpa Modal
Belajar kenalpasti keyword
Kat sini juga kita akan belajar cara untuk kenalpasti keyword (kata kunci) yang orang ramai selalu guna dan kita boleh gunapakai dalam penulisan entri kita nanti.
Kita juga belajar jenis-jenis keyword yang ada. Ada yang kacang goreng saja nak rank. Ada yang ambil masalah sebab ramai pesaing guna keyword itu. Banyak teknik juga untuk lawan dengan keyword macam itu.
Belajar setup SEO pada entri
Selepas berjaya tulis entri-entri yang diperlukan, kita akan belajar cara untuk setup-kan SEO untuk kesemua entri-entri ini. Eh, lupa pula nak beritahu yang entri bermaksud tulisan untuk setiap post kita. Hehe.
Jadi, kat sini kita belajar cara-cara yang mudah untuk naikkan entri kita di muka surat pertama carian di Google.
Belajar cara kukuhkan lagi blog kita
Orang internet marketer selalu panggil ini dengan nama backlink. Jangan tak tahu mereka juga kongsi cara nak dapatkan backlink yang bagus secara percuma. Mudah saja rupanya!
Haa, cukuplah 5 perkara itu. Ini pun dah teruja dah dapat belajar semua benda ni kan. Walaupun nampak macam perkara asas tetapi inilah yang sebenarnya yang kita perlu kukuhkan ilmunya untuk menjadi pakar dalam bidang SEO.
Sempena dengan contest Belajar SEO Dengan Sertai Cabaran SEO yang perlu cabar-mencabar para peserta yang turut serta, dan saya telah dicabar oleh Tuan Fahmi,
Jadi, dengan sukacitanya saya ingin mencabar Tuan Adi dari Xpressniaga untuk menceritakan pula daripada sudut pandangan beliau apa bestnya join cabaran SEO ini.