Saya ada 4 orang anak, kesemuanya mengalami masalah jaundis ni. Siap pakej jaundis yang berpanjangan (prolonged jaundice). Jadi, atas pengalaman menjaga-jaga 4 orang anak yang mempunyai pengalaman yang berbeza-beza, saya suka nak kongsikan sedikit tips Apa nak buat bila anak kena jaundis?

 

Apa itu jaundis?

Benda pertama yang kita kena tahu adalah apa benda jaundis ni sebenarnya masalah kesihatan yang boleh dikira normal untuk berlaku pada zaman sekarang. Sebab jaundis ni terjadi apabila fungsi hati bayi yang baru dilahirkan belum berfungsi dengan baik.

Saintifiknya bilirubin ni adalah salah satu benda yang ada dalam hati dan ia berwarna kuning. Kerja dia adalah memecahkan sel darah merah. Itu kerja normal dia. Tapi akan jadi tak normal bila dia pecahkan terlampau banyak seperti bayi yang ada masalah talasemia dan yang berkaitan dengan darah.

Siapa yang boleh terkena jaundis?

  • Bayi yang kumpulan darah O positif
  • Bayi yang berlainan jenis darah dengan ibu
  • Bayi pra-matang

 

Jenis-jenis jaundis

 

Prolonged Jaundice

Jaundis berpanjangan ni berlaku lebih dari 3 minggu selepas kelahiran. Selalunya dikategorikan tidak bahaya melainkan bacaan bilirubin makin menaik.

 

Breastmilk Jaundice

Jaundis ini disebabkan oleh susu ibu. Yang ni tidak merbahaya dan boleh menyusu seperti biasa.

 

Apa Kena Buat Bila Anak Kena Jaundis?

1. Susukan bayi kita sekerap mungkin

Bilirubin ni boleh dikeluarkan dari badan melalui najis dan urin. Jadi, ibu-ibu perlu susukan bayi sekerap mungkin.

Bayi yang terkena jaundis selalunya lebih suka tidur. Jadi, kita kena kejut dia untuk menyusu. Kena usaha sikit nak bagi dorang bangun. Memang kental. Haha.

 

2. Susu kambing & anggur hitam

Ini petua paling popular sekali tapi bukan bagi bayi minum tau. Baby hanya boleh minum susu ibu sahaja. Jadi, siapa nak kena habiskan?

Mestilah ibu baby yang kena minum dan makan.

 

3. Elakkan jemur di bawah matahari

Cahaya matahari memang terkenal sebagai sumber semulajadi vitamin D dan bilirubin dipercayai dapat dikurangkan dengan pembekalan vitamin D. Tu pasal orang dulu suka jemur anak bawah matahari untuk kuatkan badan. Tapi zaman sekarang tak sama dengan zaman dulu, ozon kan makin nipis, jadi tak digalakkan untuk jemur bayi sebab mereka akan terdedah dengan sinaran uv secara terus.

Atas nasihat pakar, waktu terbaik hanyalah pada jam 8 hingga 9 pagi. Selepas dari itu sinaran uv makin banyak. Jadi, untuk elakkan terlepas waktu, eloklah tak jemur pun.

 

4. Amalkan ambil Alfalfa Complex dalam Set Bersalin Shaklee.

Alfalfa dipercayai dapat menurunkan kadar bilirubin dengan cepat. Selain itu, ia bantu ibu untuk banyakkan susu supaya terus susukan anak dalam tempoh anak terkena jaundis. Kiranya sebagai persediaan ibu untuk bekalkan susu. Boleh dapatkan Set Bersalin Shaklee daripada saya dengan hubungi 012 367 2560 sekarang.