Dari Encik Google, family, kawan-kawan, buku, majalah dan promoter di Baby Expo, saya gali ilmu bersalin dan parenting. Kalau boleh nak tahu semua dan mesti perfect! So, kat sini saya nak share 9 Sebab Kena Ambil Set Bersalin Shaklee.
Risau, takut, happy, terharu, excited. Macam-macam perasaan timbul dalam hati dan fikiran ni. Anak pertama, belum tahu nak expect apa lagi. Bila terbayang pengalaman ibu-ibu lain tahan sakit bersalin, rasa nak nangis pun ada. Huhu.
Kenapa saya pilih Set Bersalin Shaklee ni? Padahal banyak produk lain yang famous dan boleh tahan elok dan banyak manfaat. Family saya sendiri ada yang amalkan set ni sebab tu saya lebih yakin.
Ok, saya nak share sikit 9 Sebab Kena Ambil Set Bersalin Shaklee untuk ibu-ibu yang impikan tubuh badan slim macam anak dara walaupun dah beranak 5. Lagi best bonus, inshaaAllah baby yang lahir akan membesar dengan gebu dan sihat (jika DIA izinkan).
1. Bantu Keringkan Luka
Set Bersalin Shaklee bantu keringkan luka jahitan dengan cepat. Jahitan kering dan cantik je. Saya dulu ada banyak jahitan sebab tersalah meneran. Huhu.
Risau juga jahitan terbuka. Berjalan pon terkepit-kepit je. Padahal tak rasa sakit langsung lepas bersalin tu. Alhamdulillah setiap kali nurse check, jahitan cantik katanya.
Vitamin C dengan flavonoids yang ada dalam set ni bantu penyembuhan tisu. Orang kata, makan banyak buah oren untuk sembuhkan luka. Takut punya pasal, dua-dua buah oren dan vitamin C saya telan.
2. Mengelakkan Pospartum Depression (Meroyan)
Dalam pantang dulu saya ada masalah meroyan. Eh, jangan salah faham. Bukan meroyan yang teruk tu. Meroyan ni ada banyak peringkat. Saya peringkat pertama je.
Meroyan peringkat pertama ni contohnya perasaan asyik nak sedih je. Pastu rasa insecure macam suami tak sayang. Padahal dia pergi kerja je. Mana lah boleh ada 24 jam dengan kita kan? Mengada lebih.
Dalam keadaan sakit bersalin dan kena jaga bayi yang masih kecil, memang kita akan rasa stress. Tapi, lepas makan vitamin B-complex, hormon gembira tiba-tiba dirembeskan. Berjaga malam setiap 2 jam susukan anak pun tak ada hal lah.
3. Hilangkan Sembelit
Part nak hilangkan sembelit memang paling best. Sebelum beli Set Bersalin Shaklee ni, saya ada plan dengan kawan untuk share beli supplemen jenama lain yang lebih mahal tapi tak jadi sebab terjumpa testimoni pengguna Shaklee tentang lawas. Setiap pagi saya akan membuang dengan mudah.
Siapa yang pernah baca entri sebelum ni pasal masalah sembelit saya mesti tahu vitamin apa saya makan untuk lawas. Vitamin ni bukan je bantu lawas, tapi bekalkan kalsium untuk gigi,gusi dan tulang saya. Boleh baca : 5 Sebab Kenapa Saya Suka Ostematrix Shaklee.
4. Sesuai untuk Ibu yang Bersalin secara Pembedahan
Semasa melahirkan bayi, ibu akan kehilangan banyak darah terutama ibu yang bersalin secara pembedahan. Luka jahitan di perut juga agak besar jadi amat penting untuk ibu amalkan vitamin C untuk keringkan luka. Vita-lea dalam Set Bersalin Shaklee bantu ibu bekalkan keperluan vitamin dan zat besi walaupun dah banyak kehilangan darah.
5. Memberi Tenaga untuk Bangun Malam
Bayi yang baru lahir akan menyusu badan setiap 2 jam sekali. Jadi, memang ibu dalam pantang akan kerap bangun malam menyusukan bayi. Dengan Set Bersalin Shaklee ni, badan akan lebih bertenaga dan tak ada rasa macam zombie di siang hari.
Sambil susukan anak, siap boleh update blog dan buat bisnes online layan customers. Kadang-kadang lupa diri ini sedang berpantang. Huhu. Mak mertua yang jaga saya masa tu asyik ingatkan kena behave macam orang pantang. Huhu.
6. Membantu Kurangkan Rambut Gugur
Masalah rambut gugur saya memang teruk sejak mengandung lagi. Mujur lepas amalkan Set Bersalin Shaklee, tiada lagi masalah rambut gugur yang dasyat. Kalau saya dapat patah balik masa, memang saya akan amalkan vitamin Shaklee sebab vitamin ni boleh dimakan oleh semua golongan.
7. Membantu Sihatkan Badan Ibu
Setiap kali tetamu datang melawat masa berpantang, mesti ada yang tegur saya nampak segar dan bertenaga.
“Baby tak berjaga ke malam?”
Makcik, anak saya ni kalau menyusu macam nak sedut segala isi badan saya. Lagilah anak lelaki kan kerap menyusu. Mujur ada Set Bersalin Shaklee yang bantu saya kekal sihat.
8. Membantu Banyakkan Susu
Alhamdulillah setakat ni bekalan susu untuk anak saya masih mencukupi. Set Bersalin Shaklee membantu banyakkan susu badan dan susu akan jadi lebih pekat. Anak pun tak meragam sebab puas dan kenyang setiap kali menyusu.
Saya juga amalkan makanan berkhasiat. Nasi wajib 2 kali sehari. Air masak minum lebih daripada 2 liter sehari. Dan segala petua yang orang share saya buat juga supaya bekalan susu tak putus.
Doakan saya dapat supply susu sehingga anak cecah umur 2 tahun ya. Amiin..
9. Membantu Bekalkan Nutrisi untuk Ibu
Jika consume fullset Set Bersalin Shaklee, ibu akan dapat bekalan nutrisi yang mencukupi. Ini kerana dalam fullset ni ada pelbagai jenis vitamin yang penting untuk bantu kekurangan nutrisi. Maklumlah masa ni ibu akan kawal pemakanan ikut cara orang tua.
Kadang-kadang kita tak perasan ada vitamin atau zat yang kurang. Untuk elak masalah ni, ibu-ibu mesti ambil makanan tambahan (supplement).
Sebelum kahwin berat saya 53kg. Sekarang 48kg. Walaupun berat badan berkurang, masalah kesihatan dah tak ada. Hb low yang saya alami sejak di bangku sekolah kini kembali normal.
So, dengan 9 Sebab Kena Ambil Set Bersalin Shaklee, ibu-ibu mengandung yang masih tercari-cari set bersalin, boleh la cuba Set Bersalin Shaklee. Fullset ni tahan 2-3 bulan bukan hanya makan ketika berpantang sahaja tapi boleh diamalkan pada bila-bila masa.
Saksikan kompilasi aktiviti team kami dan pencapaian dalam Bisnes Online Shaklee
Nak Beli Produk Shaklee Dari Pengedar Shaklee >>> Pengedar Vivix Shaklee Online
Nak Beli Shaklee Online Terus Dari Shaklee HQ >>> Cara Beli Shaklee Online
Nak Daftar Jadi Ahli >>> Borang Daftar Ahli Shaklee