Assalamualaikum. Hari ini nak kongsikan 7 Tips Penjagaan Kulit Muka Yang Berminyak. Ada beberapa jenis kulit muka jadi kena kenalpasti jenis kulit muka anda dan apply tips ini untuk dapatkan kulit yang sihat dan berseri.
Antara 7 Tips Penjagaan Kulit Muka Yang Berminyak adalah:
1) Basuh Muka
Basuh muka paling kurang dua kali dalam sehari dengan sabun yang betul. Seeloknya, gunakan sabun muka jenis pengawalan minyak (oil control).
2) Jaga Pemakanan
Corak pemakanan juga mempengaruhi kesihatan kulit. Pertamanya, elakkan makanan berminyak seperti daging burger segera. Sesetengah orang juga alah pada makanan laut seperti sotong, ketam dan udang.
Seterusnya elakkan juga mengambil kekacang seperti kacang tanah, badam dan kacang parang. Kena try and error jenis makanan kat atas adakah menyumbang atau tak kulit berminyak.
3) Banyakkan Minum Air Kosong
Air merupakan elemen penting yang sangat diperlukan oleh badan kita. Air memberi banyak manfaat kepada kulit termasuklah kulit wajah. Meminum air dengan jumlah yang mencukupi dapat menyeimbangkan kembali keadaan kulit jika mengambil makanan berminyak.
4) Penggunaan Tuala Muka
Mengelap muka dengan menggunakan tuala muka (face towel) ataupun tisu. Elakkan menggunakan tuala yang sama untu mengelap badan supaya kotoran tidak terlekat pada kulit wajah.
5) Skrub Muka
Lakukan skrub muka untuk membuang kotoran dan sel-sel kulit mati dan dalam masa yang sama memperbaharui kulit anda. Sentalan mestilah dilakukan dengan cara yang lembut.
6) Belai Wajah Dengan Topeng Muka
Jadikan rutin membelai wajah dengan topeng mula (face mask) sebagai aktiviti mingguan. Dapatkan topeng muka yang mengandungi kaolin atau bentonite kerana bahan ini akan menyerap minyak yang berlebihan secara perlahan-lahan.
7) Pengambilan Vitamin
Mengamalkan pengambilan vitamin iaitu vitamin C dan vitamin E yang sangat membantu merawat masalah kulit berminyak, berjeragat dan juga berjerawat.
Semoga 7 Tips Penjagaan Kulit Muka Yang Berminyak di atas dapat memberi manfaat kepada anda semua. Katakan selamat tinggal kepada kulit berminyak. Selamat mencuba!
Dapatkan Pengedar kami >>> Pengedar Vivix Shaklee Online
Nak Beli Shaklee Online Terus Dari Shaklee HQ >>> Cara Beli Shaklee Online
Nak Daftar Ahli? >>> Borang Daftar Ahli Shaklee