5 Sebab Kenapa Saya Suka Ostematrix Shaklee yang awak semua perlu tahu kerana menjadi titik perubahan dalam hidup saya. Kenapa suka sangat? Jom baca.
.
.
Waktu mengandung anak pertama, banyak juga ilmu tentang proses bersalin dan berpantang yang saya Google atau tanya ibu-ibu lain yang ada pengalaman. Kebanyakan ibu-ibu lepas bersalin akan alami masalah sembelit yang maha dahsyat sebab takut luka bersalin terkoyak. Mujur saya jumpa jalan penyelesaian dengan Ostematrix Shaklee.
.
Flashback semula pengalaman dua minggu pertama selepas bersalin memang agak ngeri. Masa tu dah ada Set Bersalin Shaklee tapi saya belum makan dengan konsisten sebab kami dua beranak bermalam di hospital. Almaklumlah tidur di hospital dalam keadaan berpantang dan jaga sendiri anak yang fresh from the oven memang tak sama dengan berpantang di rumah.
.
Di hospital memang hari-hari menangis tengok keadaan anak tambah pulak proses membuang tak lancar. Tapi, hati ibu Allah je yang tahu. Diri sendiri sakit tak apa janji anak sihat. So, saya fokus jaga anak dan tak ambil berat tentang diri sendiri yang tengah berpantang.
.
Tapi, ibu pun manusia biasa. Boleh ke saya tahan berminggu-minggu sembelit? Lepas dua minggu saya nekad untuk makan Set Bersalin Shaklee secara konsisten. Surprisingly Ostematrix Shaklee bukan hanya bantu masalah sembelit saya tapi banyak lagi kelebihan lain yang saya dapat. Berikut adalah 5 Sebab Kenapa Saya Suka Ostematrix Shaklee.
.
1) Bantu Legakan Sembelit
.
Bayangkan dua minggu pertama lepas bersalin saya tak lawas. Habis sengal seluruh badan menahan sakit. Setiap kali masuk toilet mesti lebih dari 30 minit duduk meneran. Kadang-kadang berjaya buang sikit, kadang-kadang tersepit je kat dalam tu berhari-hari.
.
Malam ke-14 saya nekad makan Ostematrix Shaklee sebanyak 4 biji seperti yang pakar nutrisi sarankan. Teka apa jadi? Esoknya bangun pagi terus perut memulas-mulas. Berlari-lari anak la saya ke toilet takut tak sempat. Alhamdulillah, lancar sungguh proses membuang pada hari ke-15.
.
.
2) Bekalan Kalsium Untuk Tulang
.
Dari hari pertama bersalin memang saya fully breastfeed anak. Ada la 2-3 hari tercicir nurse bagi anak susu formula sebab bekalan susu badan tak cukup masa awal kelahiran. Jadi, ibu yang menyusukan anak memang akan kurang kalsium dalam badan sebab zat dalam badan ibu akan diambil oleh anak.
.
So,Ostematrix Shaklee boleh bantu beri bekalan kalsium kepada tulang. Secara tak langsung mampu elakkan osteoporosis di usia muda. Anak baru sorang kena la jaga kesihatan tulang. Betul ke betul? Saya juga amalkan susu kambing sepanjang tempoh penyusuan tapi saya kurang pasti bekalan kalsium tu cukup atau tak untuk saya dan anak.
.
3) Kesihatan Gigi dan Gusi
.
Dengan pengambilan Ostematrix Shaklee secara konsisten, saya yakin bekalan kalsium mencukupi sebab gusi dan gigi saya dah tak sakit. Bila gigi sakit dan gusi berdarah, confirm kita kekurangan kalsium.
.
Ngilu je rasa gigi ni bila makan dan minum. Kadang-kadang kalau gigi kena angin kipas pon tak boleh. Seksanya Allah je yang tahu. Alhamdulillah masalah gigi dan gusi saya selesai selepas makan Ostematrix Shaklee.
.
4) Legakan Kekejangan Otot Kaki
.
Sejak mengandung lagi saya alami kejang kaki ni. Setiap malam akan terjaga dari tidur sebab urat kaki rasa macam berlipat-lipat. Ada masa kalau lupa pakai stokin, lagi teruk sakit tu. Dalam tempoh 14 hari masa saya belum makan Ostematrix Shaklee,3 kali saya diserang kejang otot.
.
Elok je saya baring susukan anak, tiba-tiba kaki cramp. Menjerit saya panggil mak mertua minta tolong urutkan. Serik dengan pengalaman ni, sampai harini saya masih amalkan Ostematrix Shaklee sebab takut kejadian sama berulang-ulang.
.
5) Tiada Lagi Masalah Lenguh Badan
.
Lagi satu dilema yang ibu-ibu akan hadapi ialah lenguh satu badan. Banyak urat yang putus lepas melahirkan anak. Bagi ibu yang fully breastfeed macam saya, hampir setiap 2 jam akan terbaring atas katil dengan anak.
.
Orang sekeliling yang tak faham mesti ingat kita ni makan tidur je bersenang-lenang baring dengan anak. Tapi, baring lama-lama akan buatkan badan kita sakit. Bila badan sakit, nak berjaga malam susukan anak pon rasa stress. Bila stress, kita tak happy susu akan drop kan?
.
.
Sekarang dah masuk bulan ke-6 saya amalkan Ostematrix Shaklee. Alhamdulillah tiada lagi masalah yang sama berulang. Yang paling best, saya masih dapat breastfeed anak, berat badan maintain dan anak saya membesar dengan sihat. Inilah 5 Sebab Kenapa Saya Suka Ostematrix Shaklee.
2.691369101.7505271
Related