Tips Bercuti Dengan Anak Kecil ini saya kongsikan mengikut pengalaman saya handle 3 orang anak (sekarang dah 4 orang) bercuti di luar negara terutamanya bila bercuti ke negara yang majoritinya bukan Islam. Mesti tertanya-tanya juga kan macam mana? Nak nak yang baru pertama kali nak bawa anak bercuti.

 

Tips Bercuti Dengan Anak Kecil

 

1) Sediakan bekal makanan lepas touchdown

Saya akan make sure untuk sediakan bekal makanan bila dah touchdown atau sebelum tunggu naik flight. Kadang-kadang ada flight yang delay kan. Kita pula kat negara asing yang tak banyak makanan halal. Sekali anak nampak cikedis lah, coklat lah. Mengamuk pula nak beli.

Selalunya saya akan beli saja atas flight atau sebelum naik kapal terbang tu. Masa lalu imegresen saja kan dia cek apa dalam beg. Lepas dari tu kat depan-depan tempat menunggu tu dah banyak kedai-kedai makanan ringan. Beli saja bawa naik flight. Haha.

 

2) Stroller atau carrier

As personal opinion, bawa saja 2-2. Sekarang dah banyak jual stroller yang ringan boleh angkat 1 tangan saja macam yang saya beli ni. Yang ni brand Sweet Cherry. Alhamdulillah dah hampir 2 tahun pakai masih okay cuma part tutup kepala tu stand dia patah sebab anak main tarik-tarik. Huhu.

Sebelum pergi melancong, of course kita dah buat research kan nak-nak kalau yang jalan sendiri tanpa agent. Mesti boleh agak jalan yang boleh gunakan stroller dan carrier (sekarang panggil baby wearer). Mana-mana boleh. Stroller kalau tak pakai, boleh simpan saja dalam kereta.

 

3) Kereta atau public transport

Sekiranya korang jenis boleh kawal tantrum anak, public transport tak ada masalah. Tapi kalau jenis yang kurang kemampuan atau kurang kesabaran yang tinggi, eloklah ambil kereta sewa. Ni semua ikut rate jenis kereta yang kita nak guna. Ada yang mampu milik ada yang mewah-mewah lah. Ikut bajet kita.

Macam saya, 2-2 inshaAllah okay tapi untuk perjalanan santai, saya lebih selesa memandu sendiri. Jadi saya sewa kereta sebab saya jenis yang banyak pit stop. Beli makan, solat, pergi tandas, regangkan kaki kami anak-beranak. Memang kalau perjalanan sepatutnya 2-3 jam, dengan saya jadi 5 jam. Hahaha. Biar lambat asal selamat dan jiwa tenteram. Rushing-rushing buat apa? Kata nak bercuti kan? Hehe.

 

4) Pilih bilik yang affordable tapi luas

Anak-anak saya sejenis yang suka explore tempat baru. Telefon, meja kerja dan terutamanya toilet memang jadi port pemantauan mereka. Hahaha. Jadi, saya suka pilih bilik yang agak luas dengan harga yang mampu milik lah. Alhamdulillah setakat ni 95% bilik pilihan saya semuanya sesuai untuk anak-anak yang sel-sel otaknya sedang berhubung. Haha. Ada sekali tu, dapat offer ingat dapat bilik saja tapi konsep dia dah macam suite dah. Memang rezeki anak-anak.

 

Tips Bercuti Dengan Anak Kecil

Tips Bercuti Dengan Anak Kecil (2)

 

Untuk di luar negara, tips-nya jangan lupa baca review! Memang sangat membantu.

 

5. Sandal, selipar atau kasut

Untuk anak-anak saya bawa semua. Sebab ada masa mereka okay saja pakai kasut seharian. Ada masa baru pakai kasut, dah merengek nak buka. Jika plan kita ada yang melibatkan penglibatan mereka contohnya ke taman tema atau tempat-tempat lawatan untuk mereka, seeloknya pakaikanlah mereka sandal supaya tak mudah tercabut. Nanti hilang, kan dah kena beli baru. Dah lah luar negara. Negara asia tenggara okay lagi (kecuali Singapura). Kalau negara lain? Overspend pula jadinya. Haha.

 

6. Tandas

Ini antara perkara paling penting yang patut kena ingat selalu bila travel ke negara orang terutamanya negara yang majoritinya bukan beragama Islam. Tandas mereka confirm tak ada paip getah dalam toilet. Hahaha. Kat sini kita sebagai ibu bapa harus bertindak kreatif sama ada bawa botol mineral kosong yang khas. Bukan untuk kencing dalam tu tapi untuk isi air paip untuk dibuat air jirusan dalam toilet. Jadi, tidaklah membebankan kalau nak bawa botol ke hulu ke hilir. Boleh juga bawa wet wipes.

Okay rasanya cukuplah 6 tips dari saya. Nanti kalau ada nak tambah akan saya buat dari masa ke semasa. Sekian, update Tips Bercuti Dengan Anak Kecil.