Meraikan kehadiran tahun baru semestinya ditunggu-tunggu oleh semua rakyat jelata tak kira tua atau muda, tak kira menyambutnya di luar rumah atau hanya duduk di kaca televisyen atau mungkin tak tunggu lama untuk terus masuk tidur. Memandangkan ada negeri yang akan memulakan sesi persekolahan seawal 1 Januari kan.

 

Tips Persiapan Masuk Sekolah Tahun 1

Tips Persiapan Masuk Sekolah Tahun 1

 

Yang paling teruja pastinya ibubapa yang bakal menghantar anak tahun/darjah 1 ke sekolah buat pertama kali. Jadi, apa nak buat ketika diberi peluang untuk temankan anak pada minggu pertama sekolah?

.

Apa tugas ibu bapa?

 

Bukan hanya setakat bayar yuran, tunggu sampai waktu rehat dan pulang bersama pada waktu habis sekolah, ini yang ibubapa seharusnya lakukan semasa berada di sekolah:

.

1) Pastikan anak mampu gunakan tandas sendiri

 

Dalam pada yang dah pandai gunakan tandas semasa di rumah, saya pasti ramai juga yang belum mahir. Jadi, masa inilah yang paling terpaksa (sesuai) untuk ajar anak-anak. Kalau sebelum ni kat rumah relaks saja buang air tanpa tutup daun pintu tandas, di sekolah ajarkan mereka.

.

2) Belajar cara membeli makanan di kantin

 

Soalan anak saya “kantin tu apa?” Ha sudah! Hihi. Sebelum ni pasti ramai yang bila anak nak sesuatu, kita yang belikan. Jadi, masa inilah ajar anak-anak untuk beli apa yang perlu saja di kantin. Masa ni juga mereka perlu tahu bezakan not wang itu. Kena ajar walaupun bawa bekal ke sekolah dan hanya makan di kantin sekolah.

Macam anak saya sekolah jenis kebangsaan, mereka ada ruangan khas untuk yang bawa bekal makanan. Jadi, perlu sentiasa ingatkan anak untuk makan ditempat yang dibenarkan makan.

.

3) Ingatkan anak-anak tempat untuk menunggu

 

Dah habis waktu sekolah, apa perlu buat? Sekiranya kita sendiri yang ambil anak-anak, pastikan kita beritahu mereka tempat sepatutnya mereka tunggu kita. Kita pun bukan boleh percaya, kadang lambat sampai, kena pastikan mereka tunggu di situ walaupun kita terlewat sikit.

.

4) Tunjuk cara naik van atau bas transit

 

Untuk yang ada kenderaan lain yang ambil anak dari sekolah, pastikan kita kenalkan pemandu van atau bas kepada anak. Pastikan anak naik van atau bas yang betul. Pastikan juga apa yang perlu anak buat jika terlepas menaiki van atau bas ni. Tunjuk juga tempat yang sepatutnya mereka tunggu pemandu bas atau van mereka.

.

5) Ajak mereka untuk berkenalan dengan rakan baru

 

Biasalah mula-mula sekolah nak nak macam anak saya yang sekolah di sekolah jenis kebangsaan, kawan-kawan tadika semua sekolah kebangsaan biasa, jadi memang tak jumpa kawan-kawan yang dia sedia kenal. Kita sebagai ibubapa boleh mulakan langkah untuk ajak anak-anak untuk berkenalan dengan rakan sekelas.

Waktu rehat makan bersama sebelum mereka pandai berdikari dan berkawan dengan lebih ramai orang lagi. Bila dah ada kawan, pasti mereka seronok nak hadir ke sekolah keesokkan harinya.

Inilah sedikit Tips Persiapan Masuk Sekolah Tahun 1 pada minggu pertama persekolahan buat anak-anak tahun/darjah 1. Semoga bermanfaat! Nanti saya ceritakan pula serba sedikit tentang persekolahan anak saya di sekolah jenis kebangsaan cina.